• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Punca Kenapa Saya Guna Minyak Pelincir Shell Advance Ultra

Inilah Punca Kenapa Saya Guna Minyak Pelincir Shell Advance Ultra

June 3, 2016 By Abang GYL 2 Comments

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Shell Advance Ultra " Bos, you (awak) guna ini minyak hitam la. Manyak (banyak) bagus punya. Wa (saya) sudah jual banyak dan ramai kata bagus," ujar tauke cina bengkel motosikal kepada saya sambil jari menunjukkan Shell Advance Ultra di atas rak.

Dek kerana percayakan kata-kata pemilik bengkel ini, saya setuju dengan cadangannya. Dalam hati kecil, kalau tak bagus minyak pelincir ini, memang sampai bila-bila saya tidak akan datang sini lagi.

Shell Advance Ultra Sepanjang saya memiliki motosikal Modenas ACE 115 selama empat tahun, sejujurnya inilah kali pertama saya memilih minyak pelincir Shell Advance Ultra. Bukan apa, dah setia satu jenama tak kan nak bertukar lain.

Baiklah, bercerita tentang minyak pelincir Shell Advance, saya dapat rasa motosikal terasa lebih berkuasa dan lancar. Untuk makluman, saya memilih Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40.

Shell Advance Ultra PENUKARAN GEAR LAGI LANCAR:

Mula-mula saya ingatkan ia cumalah perasaan. Namun ia adalah benar setelah mencuba minyak pelincir ini selama sebulan. Pelbagai laluan dilalui untuk memastikan ia benar-benar diuji sebelum saya berkongsi pengalaman dengan pembaca Pandulaju.

Bermula dari laluan bandar Kuala Lumpur, kemudian saya memasuki kawasan lebuh raya Utara-Selatan sebelum keluar di laluan kampung yang berbukit di jalan Bukit Putus, Negeri Sembilan.

Sepanjang tunggangan dan menjalani pelbagai ujian, perubahan paling ketara saya dapat adalah penukaran gear lebih lancar berbanding sebelum ini.

Bunyi bising dan getaran juga kurang. Dari segi penggunaan bahan api, saya merasakan ia lebih menjimatkan setelah menggunakan Shell Advance Ultra.

Bukan itu saja, minyak pelincir yang dirumus dengan menepati piawaian: API SM dan JASO MA2 itu turut mampu membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

Lebih penting, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus juga menawarkan perlindungan dan prestasi terbaik tanpa mengira saiz enjin. Secara tidak langsung, ia memberikan kawalan dan tunggangan lebih menyeronokkan.

Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra

WAJIB CUBA:

Sepanjang saya menggunakan Shell Advance Ultra, pelbagai perubahan ketara dapat dirasai. Secara peribadi, saya syorkan kepada semua pemilik motosikal tanpa mengira saiz enjin. Apa kata cuba dahulu Shell Advance Ultra, saya yakin anda akan teruja.

Jangan lupa, Shell Advance kini sedang mengadakan Peraduan Shell Advance Power On 2016 dengan menawarkan hadiah utama berupakan lawatan ke Jepun secara percuma.

BACA>>> Peraduan Shell Advance Power On 2016 Tawar Hadiah Ke Jepun Secara Percuma

Peraduan Shell Advance Power On 2016Dua pemenang utama akan dipilih ke Jepun dan segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya. Lebih menarik, pemenang turut berpeluang menyaksikan penunggang Malaysia beraksi dalam pusingan ke-5 kejohanan perlumbaan motosikal Piala Bakat Asia Shell Advance di litar lumba Twin Ring Motegi.

Caranya mudah, cuma ikuti arahan seperti berikut;

1.) Beli pek 1L minyak enjin motosikal daripada rangkaian Shell Advance (1 pek Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau 2 pek untuk VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7) dari 1 April hingga 30 Jun 2016.

2.) Anda akan diberikan pelekat secara percuma dengan setiap pembelian minyak Shell Advance tersebut.

3.) Pasang pelekat berkenaan pada motosikal secara kreatif.

4.) Ambil gambar dan muat naik ke laman Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #PowerOnShellAdvance. Jangan lupa letakkan sekali keterangan anda secara kreatif.

Apa tunggu lagi, beli minyak pelincir Shell Advance sekarang juga. Maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advance.

Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra #PowerOnShellAdvance_Pandulajudotcomdotmy (9)
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Shell Advance Ultra
Peraduan Shell Advance Power On 2016

Related

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Minyak Hitam Shell, Modenas Ace 115, Shell Advance, Shell Advance Ultra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev