• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Fit (2020) Mula Jual di Jepun, Harga Mula RM58.7k

Honda Fit (2020) Mula Jual di Jepun, Harga Mula RM58.7k

February 17, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

907
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK diperkenalkan pada 2001, Honda Jazz (atau Fit) banyak mengubah persepsi umum mengenai apakah itu kereta kompak. Jazz ibarat model silang antara mini SUV dan hatchback. Ruang dalaman luas yang ada dalam badan hatchback atau sebaliknya.

Jazz didatangkan dengan kerusi belakang inovatif, dipanggil magic seat, yang boleh dilipat untuk memuatkan pelbagai jenis barangan. Inovasi tersebut sebenarnya mudah dan berjaya menjadikan Jazz sebagai hatchback praktikal berbanding pesaing lain.

Sejak itu Jazz terus cemerlang apabila generasi kedua diperkenalkan pada 2007 dan ketiga (2013). Walaupun konsep rekabentuk Jazz berubah-ubah, falsafah hatchback subkompak itu kekal sama dan menjadi model global penting buat Honda.

BACA >>> #TMS2019: Honda Jazz (2020) Serba Baharu Lancar, Lebih Feminin dan Lebih Selesa

Jazz generasi keempat (Gen-4) atau Fit (2020) meneruskan legasi model terdahulu yang mana Honda bereksperimen dengan rekabentuk luaran serba baharu. Model ini dilihat kembali kepada Jazz generasi pertama dengan rekabentuk lembut dan bujur.

Menurut Honda, pasukan pembangunan menumpukan kepada keselesaan sebagai tawaran nilai baharu melalui beberapa rekabentuk dan teknologi digunakan.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

CIRI UTAMA KESELASAAN JAZZ BAHARU

  • Pilar A lebih nipis, manakala rekabentuk dan susunan papan pemuka menyenangkan pandangan.
  • Mengetengahkan rekabentuk dan bahan sesuai pada semua kerusi supaya perjalanan jauh kurang memenatkan.
  • Suspensi mampu menyerap impak dengan pantas, manakala sentuhan solid atas permukaan jalan menyumbang kepada keselesaan.
  • Ada banyak ruang simpanan barang yang mengambil kira aspek paktikaliti dan pergerakan dalam kereta. Menawarkan kabin pelbagai guna untuk kemudahan pemilik dan penumpang.

5 VARIAN HONDA FIT SPESIFIKASI JEPUN

  • Basic - Ringkas dan mengetengahkan kualiti individu.
  • Home - Rekabentuk sepadan dengan kehidupan seharian dan menawarkan keselesaan terbaik.
  • Ness - Pelanggan yang mahu menikmati gaya hidup aktif sebagai rutin.
  • Crosstar - Pelanggan yang mahu menikmati gaya hidup dengan aktiviti hujung minggu.
  • Luxe - Bergaya dengan dua padanan, sofistikated dan kualiti tinggi.

Dari segi keselamatan, semua varian Fit (2020) dilengkapkan teknologi canggih Honda Sensing. Trenkuasa menampilkan dua varian, iaitu:

  • 1.3L DOHC i-VTEC dan transmisi automatik CVT automatik dengan penukar tork (torque converter)
  • 1.5L DOHC i-VTEC dengan dua motor hibrid

Kedua-dua varian enjin ditawarkan dalam dua pilihan pacuan: 2WD dan 4WD. Fit dijual pada harga bermula serendah 1,557,600 yen (RM58,770) untuk varian Basic 1.3L, manakala paling premium 2,536,600 yen (RM95,720) untuk e:HEV Luxe (hibrid) 1.5L.

Honda mensasarkan jualan 10,000 unit Fit (2020) setiap bulan di Jepun.

BACA >>> Honda Civic Type R (2020) Facelift Debut di Tokyo, Kini dengan Honda Sensing

GALERI
Honda Jazz 2020.07
Honda Jazz 2020.06
Honda Jazz 2020.08
Honda Jazz 2020.09
Honda Jazz 2020.10
Honda Jazz 2020.11
Honda Jazz 2020.12
Honda Jazz 2020.02
Honda Jazz 2020.03
Honda Jazz 2020.04
Honda Jazz 2020.05
Honda Jazz 2020.01
Honda Jazz 2020.13
Honda Jazz 2020.14
Honda Jazz 2020.15
Honda Jazz 2020.16
Honda Jazz 2020.17
Honda Jazz 2020.20
Honda Jazz 2020.18
Honda Jazz 2020.19
Honda Jazz 2020.21
Honda Jazz 2020.22
Honda Jazz 2020.23

Related

907
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, hatchback subkompak, Honda, Honda Fit, Honda Fit (2020), Honda Japan, Honda Jazz, Honda Jazz (2020), Jepun, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev