• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Accord (2020) Buka Tempahan, Kini Enjin 1.5 VTEC Turbo dan Honda Sensing

Honda Accord (2020) Buka Tempahan, Kini Enjin 1.5 VTEC Turbo dan Honda Sensing

February 14, 2020 By Han Othman Leave a Comment

770
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan membuka tempahan untuk Accord (2020) serba baharu di semua 100 pengedar Honda seluruh negara. Model saiz pertengahan generasi ke-10 itu bersedia dilancarkan pada suku pertama tahun ini yang dijangka menjadi penanda aras dalam segmen-D sebagai sedan eksekutif generasi baharu.

Accord (2020) serba baharu kini dilengkapkan enjin pengecasturbo, sekali gus meletakkan Honda sebagai satu-satu pengeluar pasaran massa Jepun yang memperkenalkan enjin berkuasa untuk sedan segmen-D.

BACA >>> Tak Jadi Angkat Vellfire dan Accord, Kerajaan Kekal Guna Proton Perdana

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama yakin Accord akan memberikan keterujaan, terutama buat mereka yang mencari sedan dengan pakej premium lengkap.

Accord (2020) serba baharu menampilkan rekabentuk revolusionari menerusi gaya fastback tanpa mengetepikan DNA sedan itu. Rupa luaran didatangkan dengan unit lampu depan LED penuh tirus dan cukup bergaya, dan begitu juga rekaan lampu belakang yang menyerlahkan gaya premium.

Model baharu ini juga lebih lebar dengan bonet rendah dan garis bumbung panjang dan rendah untuk memberikan rupa lebih dinamik. Menambahkan ciri premium ialah ekzos kembar krom dan rim aloi 18 inci dengan Resonator.

Trenkuasa dipacu enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 199hp dan tork 260Nm yang lebih berkuasa berbanding prestasi enjin 2.4L. Enjin baharu ini memberikan agihan kuasa lebih efisien dan penjimatan bahan api yang ditambah baik. Enjin ini juga dibangunkan untuk memberikan  prestasi hebat dengan kepuasan dan keseronokan memandu sebenar.

Honda turut menambahkan ciri keselamatan lengkap dan terkini untuk sedan ini menerusi pakej Honda Sensing, terdiri daripada:

Bantuan Jelajah Pemandu

  • Kawalan Jelajah Aktif (ACC)
  • Susur Halaju Rendah (LSF)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Pencegahan Perlanggaran Depan

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCM)
  • Sistem Brek Mitigisi Perlanggaran (CMBS)

Penceganan Perlanggaran Sisi

  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Tukar Jalan (RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)

Tambahan kepada pakej lengkap Honda Sensing ialah Sistem Bantuan Parkir Pintar (SPAS) dengan Bantuan Brek (belakang), Sistem Kameran Multipandang (kamera 360º), dan Honda Lane Watch (HLW) untuk keselamatan dan keselesaan pemandu.

Semua varian Accord (2020) serba baharu akan didatangkan dengan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Daki Bukit (HSA), sensor parkir depan dan belakang serta Kamera Pandang Belakang Multisudut (MARC).

Sebarang maklumat lanjut mengenai Accord (2020) serba baharu boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

Related

770
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda Accord (2020), Honda Malaysia, Roda4, Sedan, sedan saiz pertengahan, sedan segmen-D, Segmen D, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev