JAGUAR Land Rover (JLR) terpaksa menangguhkan sementara pengeluaran model kereta elektrik I-Pace berikutan masalah kekurangan bekalan pek bateri litium-ion.
Menurut laporan Daily Mail, gangguan terhadap pengeluaran model EV berharga £61,000 (RM329,930) berlaku di kilang Jaguar di Graz, Austria.
BACA >>> Covid-19: Wanita Guna Kereta RC, Kawal Guna Telefon Pintar untuk Beli Pau
Jurucakap Jaguar berkata, jadual pengeluaran terpaksa disusun semula disebabkan gangguan sementara sumber bekalan, dan kini sedang berusaha mengurangkan kesan ke atas pelanggan.
Pek bateri I-Pace diimport daripada pembekal LG Chem di Korea Selatan. Menurut laporan Reuters pula, Daimler juga terpaksa mengubah sasaran pengeluaran 60,000 kepada 30,000 unit kereta elektrik Mercedes-Benz EQC atas alasan sama kerana turut menggunakan perkhidmatan daripada pembekal sama.
JLR tidak mengesahkan sama ada isu bekalan itu ada kaitan dengan wabak Covid-19 di China. Ada beberapa pengeluar kenderaan menutup sementara operasi kilang dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan, yang turut menjejaskan pengeluar lain seperti Hyundai.
BACA >>> 9 Fakta Pantas - Jaguar F-Type Coupe Kini di Malaysia, Harga RM575,800
Bagaimanapun, pek bateri LG Chem untuk I-Pace dan beberapa kenderaan plug-in dihasilkan di kilang Wroclaw, Poland yang mana Covid-19 sepatutnya tidak memberikan impak ke atas bekalan pek bateri.
I-Pace merangkul anugerah Kereta Terbaik Dunia 2019 dan kereta itu ialah model elektrik penuh yang menerima banyak permintaan dengan jualan 18,000 unit, tahun lalu.
SUMBER: DailyMail
Leave a Reply