• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Regulasi Euro5 Punca Suzuki Burgman Henti Jualan di Eropah Hujung Tahun Ini

Regulasi Euro5 Punca Suzuki Burgman Henti Jualan di Eropah Hujung Tahun Ini

February 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER maksi, Suzuki Burgman akan dihentikan jualan di Eropah bermula akhir tahun ini yang dikatakan ada kaitan dengan regulasi emisi ketat.

Burgman tidak dipasarkan lagi pada 2021 di Eropah kerana pelaksanaan Euro5 kerana model sedia ada masih menggunakan Euro4. Standard emisi Euro5 diwajibkan untuk model baharu dan hanya Burgman 400 yang patuh emisi paling baharu, sebaliknya Burgman 200 dan 650 masih Euro4.

BACA >>> Polis London Uji Skuter Hidrogen - Suzuki Burgman

suzuki-burgman-400-thai-11
suzuki-burgman-400-thai-10
suzuki-burgman-400-thai-5
suzuki-burgman-400-thai-15

Situasi itu membuatkan Pengarah Komersial Suzuki Perancis, Guillaume Vuillardo mengesahkan semua model Burgman mesti keluar dari pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini kecuali Burgman 400.

"Apa yang boleh saya katakan, Suzuki akan mengemas kini semula strategi untuk kenderaan komuter dengan merombak semula semua strategi.

"Buat masa ini kami hanya dapat mengatakan beberapa model akan ditamatkan secara efektif dan digantikan model baharu, kecuali Burgman 400 akan terus ada dan disesuaikan dengan standard Euro5," katanya.

suzuki-burgman-400-thai-1
suzuki-burgman-400-thai-2
suzuki-burgman-400-thai-6

Pelaksanaan Euro5 mewajibkan pengeluar memperbaharui model masing-masing supaya mematuhi regulasi tersebut. Bagaimanapun, banyak pengeluar agak bergelut dengan peraturan berkenaan kerana penambahbaikan yang dilakukan menelan kos tinggi.

BACA >>> Suzuki Burgman 400 (2019) Lancar di Thailand, CBU dari Jepun

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Eropah, Euro5, Guillaume Vuillardo, kartunis Eropah, roda2, Suzuki, Suzuki Burgman, Suzuki Burgman 400 (2019), Ujian Emisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev