• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 25 Graduan Terima Sijil Pusat Latihan Perintis MBM

25 Graduan Terima Sijil Pusat Latihan Perintis MBM

June 1, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pusat Latihan Perantis MBMSERAMAI 25 graduan menerima pensijilan program latihan Mekatronik Automotif daripada Pusat Latihan Perantis (ATC) Mercedes-Benz Malaysia (MBM).

Kesemua graduan yang berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun di ATC itu bakal diserap terus ke rangkaian pusat servis MBM di seluruh negara.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner, pembukaan ATC menunjukkan komitmen syarikat itu terhadap pembangunan modal insan di Malaysia.

" MBM sudah melabur lebih RM30 juta sepanjang 13 tahun membangunkan ATC dan sehingga kini kami sudah melahirkan seramai 778 juruteknik berkelayakan tinggi untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan bertaraf dunia kepada pelanggan Mercedes-Bez," katanya lagi.

Pusat Latihan Perantis MBM
Muhammad Alif Mohidin (tengah), salah seorang graduan ATC bersama keluarga selepas majlis pensijilan daripada MBM

Pada majlis sama, MBM turut menganugerahkan sijil penghargaan kepada Mohd Farhan Mokhtar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan prestasi.

Untuk makluman, segala kos perbelanjaan pelajar yang terpilih ke ATC akan ditanggung sepenuhnya oleh pengedar MBM. Lebih menarik, kesemua graduan akan diserap terus untuk berkerja bersama MBM.

Bagi anda di luar yang berminat, kemasukan ATC dibuka pada Jun/Julai setiap tahun. Umur haruslah di antara 18 hingga 25 tahun. Maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my/.

Related

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ATC, Dr. Claus Weidner, MBM, Mercedes-Benz Malaysia, Pusat Latihan Perantis, Pusat Latihan Perantis (ATC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my