BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan kapcai ikonik terbaharu jenama itu, Honda EX5 (2020) versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan rekaan neo-klasik dengan grafik lebih menonjol.
Model kapcai ini dikuasakan enjin silinder tunggal 110cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menghasilkan kuasa 8.54hp (7,500rpm) dan tork maksimum 8.62Nm (5,500rpm).
Ada dua varian ditawarkan dengan harga seperti berikut:
- Rim Jejari - RM4,783
- Rim Sport - RM5,009
Kedua-dua varian terdapat dalam dua warna pilihan: Pearl Nightfall Blue (biru) dan Pearl Magellanic Black (hitam). Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti kilang 2 tahun atau jarak 20,000 km (mana satu tiba dahulu).
BACA >>> Honda EX5 Dream Fi 2017 - Harga Bermula RM4,906 Hingga RM5,404
Tok Putih says
Ok.very good New Ex 5 Honda .