• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Motosikal Malaysia ke-14 Terbesar Dunia, Yamaha dan Honda Kuasai Pasaran

Jualan Motosikal Malaysia ke-14 Terbesar Dunia, Yamaha dan Honda Kuasai Pasaran

February 9, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI motosikal Malaysia 2019 mencatatkan peningkatan jualan tiga tahun berturut-turut selepas merudum paras terendah pada 2013.

Peningkatan jumlah jualan tahun lalu meletakkan Malaysia sebagai pasaran motosikal ke-14 terbesar dunia, manakala di peringkat Asean, negara kita di tangga kelima.

Menurut portal McD, 2013 hingga 2016 dikategorikan sebagai tempoh negatif apabila jumlah jualan motosikal menurun lebih 170,000 unit. Keadaan mula pulih bermula 2017 apabila jualan naik secara konsisten hingga akhir tahun lalu.

Data Persatuan Pengeluar Motosikal Malaysia menunjukkan 546,813 unit motosikal dijual sepanjang 2019, melonjak naik 10.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Trend pasaran jualan motosikal dan skuter Malaysia diramalkan lebih positif dalam tempoh lima tahun akan datang.

BACA >>> Ducati Buka Pusat Jualan Kedua Terbesar Asia Tenggara di PJ

RANKING JUALAN MOTOSIKAL ASEAN 2018

  1. Indonesia - 6.4 juta unit
  2. Vietnam - 3.4 juta unit
  3. Thailand - 1.78 juta unit
  4. Filipina - 1.6 juta unit
  5. Malaysia - 471,782 unit

JENAMA MOTOSIKAL PALING LARIS MALAYSIA

Pasaran motosikal Malaysia didominasi produk pemasangan tempatan (CKD) dan turut dipengaruhi model import, iaitu CKD dari Asean seperti Thailand dan Indonesia. Lebih 60 peratus jualan motosikal dikuasai produk jenama Jepun, iaitu Yamaha dan Honda.

Yamaha Lagenda 115Z
Yamaha Lagenda 115Z
Yamaha Tracer 900 GT
Yamaha Tracer 900 GT

Yamaha menjual 209,403 unit motosikal tahun lalu, naik 11 peratus berbanding 2018 dengan menguasai 36 peratus pasaran.

Honda RS150R
Honda RS150R
Honda Monkey 125
Honda Monkey 125

Honda pula menjual 180,000 unit motosikal, meningkat 33 peratus berbanding tahun lalu.

Kawasaki Z400 ABS
Kawasaki Versys 1000GT ABS
Kawasaki Versys 1000GT ABS

 

Kawasaki di tempat ketiga dengan jualan 52,000 unit motosikal, manakala Demak yang berdepan masalah kewangan menduduki tangga keempat, diikuti Suzuki dan Bajaj Auto. Jenama premium didahului KTM dan disusuli BMW, Harley-Davidson dan Triumph.

BACA >>> Triumph Street Triple RS (2020) Kini di Malaysia, Harga RM67.9k!

SUMBER: McD

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Jualan Motosikal Malaysia 2019, Motosikal Malaysia, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev