• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ada Pegawai, Anggota Polis Terima Upah Jadi Pengiring Haram

Ada Pegawai, Anggota Polis Terima Upah Jadi Pengiring Haram

February 7, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai dan anggota badan Kerajaan itu yang mengambil upah hingga RM1,000 sebagai pengiring haram.

Perbuatan itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias yang mendakwa perkhidmatan itu dilakukan untuk mendapatkan wang tambahan di luar waktu bertugas.

BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong

polis-pengiring-1
polis-pengiring-2
polis-pengiring-3

Menurut HMetro, pegawai dan anggota terbabit dikatakan memakai uniform dan menunggang motosikal 'kuda putih' milik Kerajaan.

Azisman berkata, JSPT mengesan terdapat beberapa pegawai dan anggota mengambil upah mengiring van mayat dengan mendapat bayaran tertentu. Tindakan tatatertib dan pemantauan ke atas mereka yang terlibat memang sudah dilakukan.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pengiring haram itu adalah golongan kenamaan (VIP) kerana mahu mengelak kesesakan, dan ada yang sekadar mahu menunjuk-nunjuk.

Sebenarnya tidak semua golongan kenamaan layak mendapat khidmat pengiring, tetapi disebabkan mereka memiliki wang, habuan dapat disogokkan.

Azisman berkata lagi, perkhidmatan pengiring haram jelas menyalahi undang-undang kerana membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain kerana tiada kepakaran, dan pengetahuan dalam menjalankan tugasan itu di jalan raya awam.

Justeru beliau meminta orang awam membantu merakamkan video dan gambar pegawai dan anggota  yang melakukan kegiatan berkenaan kepada PDRM.

BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

*  Gambar sekadar hiasan

SUMBER: HMetro

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azisman Alias, Datuk Azisman Alias, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kuda Putih, polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Pengiring Haram

Comments

  1. Daddykasi says

    February 9, 2020 at 7:36 AM

    Apa salahnya.. Ekonomi tenat skrg..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev