UMW Toyota Motor (UMWT) membuka pratempahan untuk model kenderaan pelbagai guna (MPV) premium, Alphard dan Vellfire versi dipertingkat di semua pengedar sah Toyota dan cawangan UMWT seluruh negara pada harga bermula RM383,000, Vellfire (satu varian) dan RM464,000, Alphard (dua varian).
MPV edisi 2020 itu ditawarkan dalam empat warna pilihan untuk kedua-dua model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, iaitu:
- Luxury White Pearl CS GF (hanya Alphard 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5L)
- Burning Black CS GF (hanya Vellfire 2.5L)
- White Pearl CS (kedua-dua model)
- Graphite Metallic (kedua-dua model)
- Black (kedua-dua model)
Alphard dan Vellfire baharu dinaik taraf dengan tambahan sistem termaju membabitkan ciri keselamatan dan konektiviti, seiring misi UMWT untuk Strategi Pengalaman Jenama Baharu 360-T yang menekankan aspek Safe-T dan Connectivi-T.
Tambahan sistem baharu itu terdiri daripada:
• Toyota Safety Sense (TSS)
• Sistem Brek Sokongan Parkir (PSBS)
• Sistem Infotainmen AVX 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
• Perakam Video Digital (DVR) depan dan belakang
• Sistem Telematik Kenderaan (VTS)
• Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Toyota Safety Sense (TSS) ialah pakej sistem keselamatan termaju yang menyediakan bantuan kepada pemandu untuk mengelak kemalangan atau mengurangkan kecederaan akibat perlanggaran, terdiri daripada:
- Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
- Amaran Tukar Lorong (LDA)
- Bantuan Jejak Lorong (LTA)
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) - semua halaju
PSBS membantu pemandu mengesan objek sekitar kenderaan ketika sedang memarkir kenderaan. Jika ada objek dikesan, brek akan diaktifkan automatik, manakala kuasa enjin dihadkan supaya dapat mengelak perlanggaran. Sekiranya tidak dapart dielak, tindakan sistem itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerosakan.
Pemantau Pandangan Panoramik (PVM) membolehkan pemandu memantau sekeliling kenderaan, manakala DVR di depan dan belakang akan merakamkan visual secara berterusan. Dalam situasi tertentu, rakaman yang dibuat boleh dijadikan bahan bukti kepada pemilik kenderaan.
VTS pula ialah ciri konektiviti yang menggunakan GPS/GSM untuk mengesan lokasi kenderaan sepanjang masa. Ini memudahkan pihak berkuasa mengesan kenderaan sekiranya dicuri. Ciri ini turut berfungsi meninjau dan merekodkan kelajuan kenderaan dan operasi lain dalam kenderaan yang mana rakaman data akan dihantar kepada pemilik melalui e-mel.
Rekabentuk Alphard mengekalkan konsep 'Dynamic & Formal' untuk menyerlahkan imej mewah dan perkasa. Vellfire pula mengetengahkan konsep 'Cool Tech' dengan cita rasa moden untuk menyerlahkan identiti unik.
Sama seperti semua model CBU lain, pemilik Vellfire dan Alphard akan menikmati jaminan kilang berserta stok alat ganti yang siap ada apabila bila-bila masa. Begitu juga sokongan selepas jualan yang mendapat khidmat juruteknik terlatih menggunakan peralatan dan kelengkapan khas.
Pelanggan boleh mengetahui bilik pameran terdekat dengan melayari laman web Toyota Malaysia di toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).
Leave a Reply