• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Jepun Perkenal Rebel 250, Rebel 250 S dengan Ciri Dipertingkat

Honda Jepun Perkenal Rebel 250, Rebel 250 S dengan Ciri Dipertingkat

February 3, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

959
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Japan memperkenalkan Rebel 250 versi dipertingkat (facelift) dengan tambahan beberapa ciri terkini selain menampilkan seragam baharu.

Pembaharuan membabitkan aspek kosmetik dan mekanikal serta suspensi. Dari segi rupa, model cruiser ini menerima set lengkap lampu LED untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu brek, membantu meningkatkan keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya lain.

Pasukan pereka dan jurutera Honda memutuskan memasang indikatorgear pada instrumen meter Rebel 250 yang menjadi antara ciri penting buat penunggang novis. Sistem operasi klac dan gear kini semakin lancar dengan tambahan ciri bantuan anti-gelincir yang membantu mengurangkan tekanan ke atas roda belakang atau ketika membrek enjin.

BACA >>> Honda Rebel (2020) Kini Lebih Trendy dan Moden dengan Ciri Klac Anti-Gelincir

Pembaharuan juga melibatkan bentuk tuil klac dan juga talaan semula sistem suspensi depan dan belakang bagi memastikan Rebel 250 mampu memberikan pengalaman tunggangan lebih baik. Seragam pula, Honda menyarungkan skema warna baharu biru metalik kusam seakan warna kain denim.


Honda Japan turut memperkenalkan varian baharu Rebel 250 S (foto atas) dengan penambahan kowl pada perumah lampu depan yang sama warna seperti badan motosikal. Fork depan ditambah pelindung fork untuk tujuan kosmetik semata-mata.

Varian itu cuma ditawarkan dalam warna Matte Axis Gray Metallic (kelabu kusam) dengan pelana coklat dan padanan hitam pada frem, fork dan ekzos supaya tampil lebih kemas.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Honda Rebel 300 - Daripada Bobber Moden Kepada Café Racer

GALERI
REBEL 250
REBEL 250 S

SUMBER: Honda

Related

959
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, Honda, Honda Japan, Honda Jepun, Honda Rebel 250, Honda Rebel 250 S, roda2

Comments

  1. C N Toh says

    June 27, 2023 at 2:37 PM

    Is Rebel 250 available in Johor Bahru

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my