• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

January 30, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

952
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN Yamaha Motor Racing sah mengikat pelumba muda dari Perancis, Fabio Quartararo untuk bergandingan dengan Maverick Vinales bagi saingan MotoGP 2021 dalam usaha memperkuatkan pasukan pengilang itu musim depan.

Berita penghijrahan pelumba pasukan satelit Petronas Yamaha SRT itu dilaporkan akan diumumkan tidak lama lagi. Vinales sebelum ini terlebih dahulu menyambung kontrak dua tahun dengan Yamaha hingga 2022.

BACA >>> Vinales Sambung Kontrak Yamaha Sampai 2022, Harapan Ducati Musnah!

Yamaha memutuskan merekrut Quartararo sebagai pelumba pasukan pengilang itu selepas mengambil kira hasrat pasukan Ducati dan Suzuki yang menaruh minat mendapatkan khidmat rookie terbaik 2019 tersebut. Ini berdasarkan prestasi cemerlang ditunjukkannya musim lalu dengan meraih enam petak mula dan tujuh podium.

Pemilihan itu juga secara tidak langsung menidakkan tempat Valentino Rossi dalam pasukan pengilang Yamaha musim depan. Beliau kini hanya ada tiga pilihan sahaja, iaitu menggantikan tempat Quartararo dalam pasukan Petronas SRT, berhijrah ke pasukan lain atau bersara.

Hmmm... Agaknya mana satu akan jadi pilihan The Doctor?

BACA >>> Inilah 5 Pilihan yang Rossi Ada Jika Yamaha Tidak Sambung Kontrak MotoGP

SUMBER: Motorsport

Related

952
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP, MotoGP 2021, Petronas Yamaha SRT, Roda 2, Valentino Rossi, Yamaha Motor Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my