• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Evora GT410 yang Murah dan Ekstra Selesa untuk Dipandu Hari-Hari

Lotus Evora GT410 yang Murah dan Ekstra Selesa untuk Dipandu Hari-Hari

February 3, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMENTARA menunggu kereta hiper Evija siap sepenuhnya, Lotus memperkenalkan Evora GT410, iaitu siri kedua selepas GT410 Sport.

Evora GT410 dibina untuk esktra keselesaan untuk dijadikan sebagai kereta harian. Pelbagai ciri Evora yang dulu ditawarkan sebagai opsyen, tetapi kini menjadi komponen standard. Menariknya, GT410 juga lebih murah sebanyak £3,000 (RM15,930) berbanding GT410 Sport. Strategi menawarkan lebih nilai itu mengingatkan apa yang dilakukan Proton melalui model-model jenama itu.

BACA >>> Geely Mahu Labur RM7.7 Bilion dalam Lotus, Mahu Cabar Porsche dan Ferrari

LEBIH PRAKTKAL, SELESA

Sebagai kereta sport harian, GT410 dilengkapi kerusi sport Sparco, penyaman udara dan kamera undur. Panel pintu kini ada perehat lengan dan ruang simpanan supaya lebih praktikal. Kereta sport itu juga lebih moden dengan sistem navigasi, konektiviti Apple CarPlay dan radio digital DAB.

Lotus turut menambah baik kesenyapan kabin supaya pemandu lebih selesa. Perincian  seperti ini juga mengingatkan kepada strategi kenderaan Proton. Jurutera Lotus memperbaharui kadar redaman berbanding GT410 supaya lebih selesa untuk pemanduan harian. Pengendalian masih kekal sebagi jentera prestasi yang sinonim dengan karakter Lotus.

BACA >>> Lotus Exige Sport 410 - Model Exige V6 yang Paling Ringan, Jinak

Tayar jenis Michelin Pilot Sport 4S all-weather digunakan bagi memastikan kereta ini sesuai dipandu sepanjang tahun untuk pelbagai musim. Rim V hitam bersaiz 19 inci di depan dan 20 inci di belakang dengan kaliper brek AP Racing merah atau perak.

Bahagian belakang kini menampilkan but baharu dengan kaca lebih besar untuk memberikan visual pandangan lebih jelas. Selain ciri-ciri disebutkan, GT410 juga dilengkapi ciri kawalan jelajah, kerusi dengan fungsi pemanas dan sensor parkir undur.

Di Britain, Evora GT410 dijual pada harga £82,900 (RM440,210), lebih murah berbanding GT410 Sport. Pelanggan yang mahukan versi lebih fokus dan ringan, masih boleh mendapatkan GT410 Sport yang turut ditambah nilai beberapa spesifikasi standard seperti kerusi sport Sparco, penyaman udara, sistem navigasi, Apple CarPlay dan radio digital DAB.

BACA >>> Lotus Evora GT4 Concept Debut di Shanghai, Versi Trek yang Lebih Ringan dan Berkuasa

GALERI
Lotus Evora GT410.08
Lotus Evora GT410.09
Lotus Evora GT410.10
Lotus Evora GT410.01
Lotus Evora GT410.02
Lotus Evora GT410.03
Lotus Evora GT410.04
Lotus Evora GT410.05
Lotus Evora GT410.06
Lotus Evora GT410.07

Related

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Lotus, Lotus Evija, Lotus Evora, Lotus Evora GT410, Michelin Pilot Sport 4S, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev