• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Stesen Petron Kini Boleh Isi Minyak Guna Kad ATM Tanpa Cagaran RM200

Semua Stesen Petron Kini Boleh Isi Minyak Guna Kad ATM Tanpa Cagaran RM200

January 30, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRON Malaysia dengan kerjasama Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan kempen 'FUEL-YoooH MyDebit Je dengan kad ATM anda!' yang membolehkan pelanggannya menggunakan kad bank ATM atau MyDebit tanpa sebarang cagaran di semua stesen minyak Petron seluruh Malaysia.

Pelancaran kempen dibuat di stesen Petron Bandar Baru Kulim, Kedah dan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang turut dihadiri Setiausaha Agung KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PayNet, Peter Schiesser dan Pengurus Besar Petron, Faridah Ali.

BACA >>> #Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

Schiesser berkata, dengan kira-kira 42 juta kad ATM beredar, hampir setiap pengguna membawa kad ATM yang boleh digunakan sebagai transaksi untuk mengisi minyak kenderaan.

Katanya;

Sebagai skim kad debit kebangsaan, rakyat adalah keutamaan kami. MyDebit adalah satu-satunya skim kad di Malaysia yang tidak memegang RM200 di stesen minyak.

"Apabila rangkaian stesen minyak menerima bayaran MyDebit, pengguna boleh memilih jumlah minyak yang mereka mahu beli dan hanya jumlah tersebut yang akan dihaskan untuk mengisi minyak. Jika pengguna mengisi kurang daripada jumlah dipilih pada awal, semua baki berlebihan itu akan terus dikreditkan semula ke akaun bank dengan segera selepas minyak selesai diisi."

Sebelum ini, mana-mana pengguna yang menggunakan kad debit akan disekat RM200 dalam akaun bank mereka walaupun jumlah minyak yang diisi cuma RM2 (untuk penunggang motosikal). Terma tersebut dilihat sebagai tidak wajar dan membebankan.

MyDebit bersama 22 bank kini mengambil inisiatif untuk tidak lagi mengenakan sebarang sekatan ke atas pelanggannya.

Faridah berkata;

Kami berbesar hati dapat kerjasama dengan PayNet untuk membolehkan penggunaan kad ATM MyDebit di stesen Petron dan menyediakan pilihan pembayaran baharu kepada pelanggan kami. Dalam usaha menyokong komuniti tanpa tunai, semua pelanggan Petron kini dapat menikmati proses pembayaran lebih mudah, cepat, dan lancar menggunakan kad ATM mereka di pam minyak."

PayNet Petron turut melancarkan kempen ganjaran kepada pengguna yang menggunakan kad ATM untuk mengisi minyak.

Kini, sebarang transaksi kad bank ATM di pam petrol Petron menggunakan bank di Malaysia dengan perbelanjaan minimum RM5, layak menyertai satu peraduan untuk memenangi hingga 84 hadiah termasuk:

  • Hadiah Utama - 2 pemenang Proton X70
  • Pemenang Mingguan - 4 pemenang kad baucar Petron Gift Cards berjumlah RM500

Peraduan bermula 12 Disember 2019 hingga 13 Mac 2020.

BACA >>> Petron Lancar Barisan Produk Minyak Pelincir HTP

Related

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Muez Abd Aziz, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Faridah Ali, Kempen 'FUEL-YoooH' Petron, Kempen Petron 2020, Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser, Petron Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my