• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Itali Jadi CEO Renault!

Orang Itali Jadi CEO Renault!

January 29, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MANTAN Presiden SEAT, Luca De Meo dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Renault S.A. dan Pengerusi Renault s.a.s. berkuatkuasa 1 Julai ini.

Sementara itu, Clotilde Delbos selaku CEO sementera Renault S.A. akan terus berada di jawatan itu sehingga tiba tarikh peralihan kuasa kelak sebelum menyandang jawatan sebagai Timbalan CEO Renault S.A. bermula tarikh sama.

Perlantikan De Meo dilihat tepat berdasarkan latar belakang beliau yang luas dalam industri automobil. Ini kerana mengemudi syarikat segah di Renault bukan tugas mudah kerana turut melibatkan rakan pakatan automotif lain seperti Nissan dan Mitsubishi.

Renault mempunyai pegangan saham 43.4 peratus dalam Nissan, manakala pengeluar Jepun itu mempunyai 15 peratus pegangan (tanpa undian) dalam Renault. Mitsubishi pula dimiliki Nissan dengan 34 peratus pegangan saham.

BACA >>> Ghosn Lepaskan Jawatan dalam Renault, CEO dan Pengerusi Baharu Dilantik

ORANG ITALI MAHU PERKASAKAN RENAULT

luca-de-meo-seat-1
luca-de-meo-seat-2

Ramai berpendapat De Meo perlu memperkasakan semula pakatan automotif melibatkan dua negara itu yang kini berada di kedudukan tiga teratas sebagai gergasi automobil dunia. Menariknya, De Meo adalah warga Itali yang membina kerjaya bersama Renault selepas menamatkan pengajian dalam Pentadbiran Perniagaan di Universiti Perdagangan Luigi Bocconi di Milan.

Kehadiran ke Renault bolehlah dilihat sebagai sirih pulang ke gagang dengan kembali semula kepada kerjaya awalnya. Selepas Renault, beliau pernah berkhidmat dengan Toyota Eropah yang banyak memberikannya pengalaman dalam berurusan dengan syarikat dan budaya Jepun.

Selepas Toyota, De Meo berpindah ke Fiat Group dan menguruskan beberapa jenama seperti Lancia, Fiat dan Alfa Romeo. Beliau kemudian menyertai Volkswagen Group pada 2009 sebagai Pengarah Urusan untuk dua jenama kereta penumpang Volkswagen dan Volkswagen Group.

MAHIR LIMA BAHASA

luca-de-meo-seat-3
renault-logo

Pada 2012, De Meo dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Jualan dan Pemasaran Audi AG. Beliau kemudian dilantik pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif SEAT bermula 1 November hingga Januari 2020 dan juga menjadi Ahli Lembaga Penyeliaan Ducati dan Lamborghini, dan Pengerusi Lembaga Pengarah Volkswagen Group di Itali.

Selain latar belakang akademik dan kerjaya, De Meo memiliki kemahiran bertutur dalam lima bahasa iaitu Itali, Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Perlantikannya itu menunjukkan jawatan tinggi industri automobil hari ini tidak semestinya bersandarkan kepada jawatan yang ada kaitan dengan kejuruteraan semata-mata, tetapi memerlukan individu dengan latar belakang super dinamik.

Akhirnya, apa yang paling penting adalah bagaimanakah De Meo akan mengemudi Renault dan rakan pakatan lain untuk menghadapi cabaran automotif masa depan.

BACA >>> 7 Fakta Pantas: Renault Megane RS280 Pasaran Malaysia, Harga RM280k

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alliance, Clotilde Delbos, Luca De Meo, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Renault, Renault S.A., Seat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev