• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vinales Sambung Kontrak Yamaha Sampai 2022, Harapan Ducati Musnah!

Vinales Sambung Kontrak Yamaha Sampai 2022, Harapan Ducati Musnah!

January 29, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

YAMAHA Factory Racing menghancurkan harapan pasukan lawan dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP apabila mengikat pelumba muda harapannya, Maverick Vinales untuk melanjutkan kontrak hingga 2022.

Menurut Yamaha, Vinales jelas menunjukkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang tiga tahun kebelakangan ini bersama pasukan pengilang itu.

Pelumba Sepanyol itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga pada 2017, keempat (2018) dan ketiga (2019). Jadi, lanjutan kontrak baharu itu (hingga 2022) pasti melegakan Yamaha, termasuk beliau sendiri yang pasti akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam aksi ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 7 Februari ini.

BACA >>> Bos Yamaha: Tiada Alasan untuk Lepaskan Vinales

lin-jarvis-yamaha
Maverick Vinales_2

Bos Yamaha, Lin Jarvis berkata;

Kami bawa Maverick ke pasukan pengilang pada 2017 kerana tahu dia ada bakat istimewa. Dia sangat bermotivasi dan berdedikasi untuk kuat secara fizikal, bersedia berikan terbaik dan mengekstrakkan yang terbaik daripada YZR-M1. Sepanjang tiga musim pertama, Vinales beri Yamaha enam kemenangan, 19 podium, dan 100 peratus komitmen.

"Kini, sejak YZR-M1 semakin meningkat perlumbaan demi perlumbaan, kami jangka masa depan yang sangat cerah buat dirinya di Yamaha. Keputusan awal Maverick untuk tandatangan (kontrak) dengan Yamaha selama dua tahun jelas menunjukkan sikap saling menghargai dan yakin untuk meraih juara dunia MotoGP.”

Apa dicapai Vinales  sepanjang aksi musim lalu nyata meyakinkan Yamaha untuk terus bekerjasama dengan pelumba berusia 25 tahun itu bagi tiga musim lagi. Keputusan itu langsung memusnahkan harapan Ducati yang sebelum ini dilaporkan mengintai Vinales sebagai pelumba jentera pengilang pasukan itu.

Persoalan lain sekarang, siapakah pula yang akan bakal bergandingan dengan Vinales untuk musim 2021 dan 2022 nanti? Bagaimanakan nasib kekanda Valentino Rossi?

BACA >>> Vinales Akan Uji Peranti Anti-Wheelie di Sepang, Bulan Depan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Auto Terkini, Lin Jarvis, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP, roda2, Ujian Pramusim MotoGP 2020, Yamaha, Yamaha Factory Racing, Yamaha Factory Racing MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev