SEJAK setahun lalu, siri Honda CB500 mendapat kemas kini rekabentuk dan ciri terkini, termasuk CB500F (2020) yang hadir dengan warna baharu lebih mempesona.
CB500F (2020) menampilkan teknologi LED pada lampu depan, lampu belakang dan signal belok. Namun, rekabentuk lampu utama masih kekal sama seperti model terdahulu, berbeza berbanding saudara siri CB lain yang berbentuk bulat retro.
BACA >>> Honda CB500F (2020) dengan Gaya Neo Sport Cafe dan Warna Baharu
Spidometer kini direka dalam bentuk bersegi untuk gaya lebih moden, manakala suspensi belakang jenis boleh laras.
Trenkuasa masih menggunakan enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 471cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi PGM-FI berkuasa 50.4hp @ 8,500rpm dan tork 44.4Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan dan kapasiti tangki 17.1 liter.
Model setengah liter yang diperkenalkan di Brazil itu ditawarkan dalam tiga pilihan warna Laranja (jingga), Vermelho Perolizado (merah) dan Prata Metàlico (perak) pada harga R$26,900 (RM26,110).
BACA >>> Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F dan CB500X, Harga Bermula RM34k
GALERI
SUMBER: HondaBrazil
Leave a Reply