• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah Jawapan Yamaha Indonesia Kenapa Masih Keluarkan NMAX Lama?

Inilah Jawapan Yamaha Indonesia Kenapa Masih Keluarkan NMAX Lama?

January 31, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

479
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Akhir tahun lalu, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan NMAX 155, dan minggu lalu, cuma harga jualan varian Standard (Jakarta) diumumkan, iaitu 29.5 juta rupiah (RM8,740).

Harga NMAX Connected/ABS tidak diumumkan. Kenapakah YIMM cuma maklumkan harga Jakarta dan bukan harga seluruh Indonesia? Jawapannya, setiap wilayah di Indonesia mempunyai julat harga berbeza kerana kos Yuran Pemindahan Kenderaan Baharu (BBNKB) mengikut kadar peratus, tidak termasuk caj penghantaran.

Timbul pula satu lagi persoalan, kenapakah YIMM masih mengeluarkan model NMAX lama walaupun produk generasi baharu sudah dilancarkan? Apatah lagi model baharu jauh lebih moden dan mendapat sambutan positif peminat skuter.

BACA >>> Indonesia Lancar Yamaha NMAX 155 (2020), Kini dengan Kawalan Traksi, Aplikasi Mobil

Jawab YIMM, model NMAX lama (gambar atas) masih dikeluarkan kerana masih ada permintaan tinggi. Ini dimaklumkan Pengurus Perhubungan Awam YIMM, Anton Widiantoro yang menyatakan peralihan akan dibuat perlahan-lahan memandangkan permintaan untuk NMAX lama masih diterima.

Menurutnya, keputusan untuk menumpukan model baharu sebenarnya bergantung kepada permintaan pasaran. Malah, NMAX lama yang masih dijual membantu meluaskan jualan pasaran skuter jenama itu.

"Jika mahu produk baharu, orang akan beli model baharu. Tetapi jika mahu model lama, kami juga menawarkannya," katanya.

BACA >>> HLYM Perkenal Tiga Warna Kusam Baharu untuk XMAX 250 (2020)

Meter NMAX (2020)
Meter NMAX (2018)
Lampu depan NMAX (2020)
Lampu Depan NMAX (2018)

BEZA HARGA

  • NMAX 155 lama - Rp28,295,000 (RM8,450)
  • NMAX ABS lama - Rp32,015,000 (RM9,490)
  • NMAX Standard (2020) - Rp29,500,000 (RM8,740)
  • NMAX Connected/ABS (2020) - Belum umum

* Harga Jakarta sahaja

SUMBER: MotorPlus | Yamaha

 

Related

479
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Anton Widiantoro, roda2, skuter, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha NMAX 155, Yamaha NMAX 155 (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my