• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Belasah Pemandu Bas: Sebelum Kena Cekup, Sempat Pula Serang Polis!

Kes Belasah Pemandu Bas: Sebelum Kena Cekup, Sempat Pula Serang Polis!

January 26, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

986
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA lelaki warga tempatan yang dirakamkan memukul seorang pemandu bas pelancong dalam satu video tular di media sosial, kelmarin, 24 Januari, dilaporkan sudah ditahan polis pada petang hari sama.

Insiden di Gelang Patah, Johor itu dipercayai berpunca apabila dua suspek tersebut berang kerana kereta jenis pacuan empat roda dinaiki mereka dilanggar bas mangsa (pemandu bas).

Belasah pemandu bas pelancong (3)
Belasah pemandu bas pelancong (4)
Belasah pemandu bas pelancong (2)
Belasah pemandu bas pelancong (1)

Bas mangsa dilaporkan berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Gelang Patah-Pendas. Apabila lampu hijau dan bas mula bergerak, bas dipandu mangsa secara tiba-tiba dipintas suspek hingga menyebabkan berlanggar bahagian depan kiri bas.

BACA >>> Kementerian Cadang Ganti Istilah 'Kemalangan' dengan 'Perlanggaran' Jalan Raya

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/01/video-pemandu-bas-kena-belasah-gelang-patah.mp4

 

Menurut Berita Harian, aksi kedua-dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu dirakamkan salah seorang penumpang bas selepas berlaku kemalangan sekitar jam 1.45 petang, kelmarin. Suspek jelas menggunakan kekerasan fizikal ke atas mangsa seperti memukul, menumbuk dan menendang mangsa berulang kali.

BACA >>> Suspek Hentak Cermin Guna Parang Ditahan, Turut Disyaki Lakukan Jenayah Samun

PEMANDU KELUAR TENGOK, TAPI KENA BELASAH

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din berkata, mangsa keluar dari bas untuk melihat keadaan kenderaan suspek sebelum dia dibelasah seorang daripada dua suspek tersebut hingga berterusan dalam bas.

“Selain membelasah mangsa hingga menyebabkan kecederaan pada kepala dan tangannya, suspek turut dikesan merosakkan peralatan dalam bas sebelum kejadian itu dileraikan orang awam yang berada di lokasi,” katanya.

Sebuah kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengarahkan mangsa dan suspek masing-masing membuat laporan di Balai Polis Trafik berhampiran.

HAMUN, SERANG POLIS DI BALAI

Namun, suspek tidak berhenti setakat itu saja, seorang daripada suspek bertindak biadap dengan menghamburkan kata-kata kesat berunsur perkauman, selain turut menghempas kerusi ketika hendak membuat laporan di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Kedua-dua suspek juga bertindak di luar jangkaan apabila bertindak menyerang dan memukul anggota pengawal lokap hingga memaksa polis menggunakan kekerasan minimum untuk memberkas suspek.

Padahnya, dua suspek tersebut kini direman dan disiasat di bawah empat seksyen jenayah:

  • Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan ke atas penjawat awam
  • Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis
  • Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat
  • Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan

BACA >>> Padah Maki Polis, Suspek Bakal Kena Denda RM500 atau Penjara 6 Bulan

SUMBER: BHarian

Related

986
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belasah Pemandu Bas Gelang Patah-Pendas, Datuk Kamarudin Md Din, PDRM, Pemandu Bas Kena Belasah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Johor, tular, tular video pemandu bas dipukul, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev