• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Bakal Perkenal Satu Lagi SUV Baharu Lebih Kompak Selepas Seltos

Kia Bakal Perkenal Satu Lagi SUV Baharu Lebih Kompak Selepas Seltos

January 29, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA sebelum ini Kia hebat dengan model sedan seperti Forte (K3) dan Optima (K5), fokus pengeluar automotif dari Korea Selatan itu kini beralih kepada barisan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Di Malaysia, pengguna sudah biasa dengan model SUV Kia seperti Sportage dan Sorento sejak generasi pertama dulu lagi. Namun, jika dibandingkan pengeluar lain, Kia sebenarnya agak ketinggalan. Mazda misalnya, walaupun mempunyai saiz jualan sederhana, masih meriah menawarkan pelbagai barisan SUV seperti CX-3, CX-5, CX-9 dan terbaharu CX-8 dan CX-30.

Menyedari kelompongan yang ditinggalkan, pelan tindakan pertama dilakukan Kia adalah membangunkan SUV global, Seltos dengan debut di India. Malah, Seltos baru saja pun dilancarkan di Indonesia baru-baru ini pada harga cukup menarik, Rp295 juta - Rp355 juta (RM87,400-RM105,200).

BACA >>> Hyundai Venue (2020), SUV Subkompak yang Lebih Genit dan Mampu Milik

Khabarnya, model SUV itu juga bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat berdasarkan foto acah disiarkan Kia Malaysia.

SUV BAHARU KIA SELEPAS SELTOS?

Dengan Seltos yang masih panas, rupa-rupanya Kia bakal melancarkan satu lagi model SUV. Sama seperti Seltos, model konsep SUV itu seperti imej lakaran konsep di atas, bakal debut di India sempena Delhi Auto Expo 2020 pada Februari depan.

SUV tersebut akan berada dalam segmen-A dan berkongsi platform dengan Hyundai Venue yang terlebih dulu dilancarkan di India. Mengambil kira pasaran global, SUV segmen-A global kini diisi model seperti Ford EcoSport, Renault Captur dan Nissan Juke.

BACA >>> Facebook Kia Malaysia Siar Foto Acah Seltos, Lancar Tahun Ini?

Segmen itu dikatakan mempunyai potensi besar sebagai alternatif yang baik untuk sedan atau hatchback kecil. Mengenai aspek mekanikal, jika mengambil kira trenkuasa Hyundai Venue (foto atas), SUV kompak Kia itu kelak akan mempunyai beberapa pilihan enjin 3-silinder seperti 1.2L, 1.4L dan 1.0L Turbo.

Nampaknya, kita perlu tunggu saja sama ada SUV kompak itu bakal ditawarkan atau tidak selepas Seltos menjengah pasaran tempatan nanti. Faktor harga dan pakej semestinya memainkan peranan kerana SUV Perodua dan Proton sudah sedia menanti peminat masing-masing, tahun ini.

BACA >>> Kia Seltos - SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Delhi Auto Expo 2020, Hyundai Venue, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Motors India, Kia Seltos, lakaran, rendering, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev