• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus

Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus

January 29, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JEPUN melabuhkan tirai 2019 dengan menjual hanya 331,307 unit motosikal di pasaran tempatan, merosot buat tahun kelima berturut-turut. Jumlah jualan itu melibatkan semua segmen motosikal, termasuk model import.

Sebagai perbandingan, Jepun cuma menjual 335,572 unit motosikal pada 2018. Dalam segmen moped di Jepun, motosikal kelas itu terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu bawah 50cc, dan 50cc-125cc.

BACA >>> #BikinMotor: Kenzo Honda Goldwing Sentuhan DMOL - Tribut Pelumba Legenda Jepun

Penurunan jualan motosikal paling ketara ialah kelas bawah 50cc, merosot lebih 60,000 unit dalam tempoh lima tahun.

  • Jualan 2015: 193,842 unit
  • Jualan 2019: 132,086 unit

Bagi kelas motosikal lebih 50cc, graf prestasi jualan naik turun dalam tempoh sama, tetapi masih menunjukkan ada rekod peningkatan.

  • Jualan 2015: 178,854 buah
  • Jualan 2019: 199,121 buah

SEGMEN 50cc BAKAL PUPUS?

Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki pernah meramalkan motosikal kategori 100cc ke bawah mungkin pupus tidak lama lagi.

Kelas motosikal 125cc hingga 150cc akan isi kekosongan itu menjadi segmen motosikal paling kecil."

Jentera 50cc yang masih dijual di Jepun hari ini diibaratkan sebagai ikon dalam industri motosikal Negara Matahari Terbit itu. Segmen tersebut turut membantu Honda melakar nama dalam sejarah dunia menerusi jualan Super Cub yang mencapat jualan hampir 100 juta di peringkat global.

BACA >>> Yoshimura Perkenal Sistem Ekzos Penuh untuk Honda Super Cub

APAKAH PUNCA JUALAN MOPED MEROSOT?

Di Jepun, motosikal dikategorikan mengikut tiga jenis kapasiti enjin iaitu:

  • Mini: 125cc hingga 250cc
  • Kecil: 250cc hingga 400cc
  • Besar: Lebih 400cc

Kejatuhan jualan motosikal paling utama ialah moped. Pada 1980-an, Jepun mampu menjual hingga 2.8 juta moped setahun. Pada masa itu, Honda Super Cub 50 menjadi motosikal pilihan ramai peniaga penghantaran surat khabar dan barangan.

Antara punca jualan moped semakin terjejas di Jepun ialah:

  • Era 1980-an menyaksikan kebangkitan skuter sebagai segmen motosikal baharu untuk tujuan mobiliti, pengangkutan ke sekolah dan membeli-belah.
  • Kempen sekatan pemilikan lesen pada era 1990-an untuk pelajar sekolah tinggi dengan tiga saranan 'jangan' iaitu:
    • Jangan ambil lesen
    • Jangan benarkan (beli)
    • Jangan memandu
  • Kawalan emisi sejak 1998 yang memaksa pengeluar motosikal mengubah enjin 2-lejang kepada 4-lejang. Ini menyebabkan kenaikan kos pengeluaran.
  • Tindakan penguatkuasaan kesalahan parkir. Walaupun moped tidak mengambil banyak petak parkir berbanding kereta, tetapi kekurangan penyediaan petak parkir menyebabkan pemilik motosikal berdepan kesalahan parkir.
  • Perkhidmatan perkongsian basikal (ingat lagi trend Obike?) dan basikal elektrik mendapat tempat dalam kalangan pengguna Jepun. Ini secara langsung menjejaskan jualan moped tahun demi tahun.
Statistik Jualan Bulan ke Bulan 2017-2018

SIAPA KUASAI PASARAN MOTOSIKAL JEPUN?

JENAMA TEMPATAN

Honda mendahului pasaran motosikal Jepun dengan menguasai 45.6 peratus pasaran walaupun jualan jenama itu susut 3.6 peratus berbanding 2018. Berikut senarai kedudukan jenama dan jualan di Jepun:

1. Honda - 174.679 unit
2. Yamaha - 79,920 unit
3. Suzuki - 61,592 unit
4. Kawasaki - 21,035 unit

JENAMA ASING

1. Harley-Davidson - Jenama asing pilihan ramai pembeli Jepun
2. Husqvarna - Jenama asing paling pantas berkembang dengan pertumbuhan 99.6 peratus berbanding tahun terdahulu.

SUMBER: RideApart |MDC

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jualan Moped Jepun Terjejas, Jualan Motosikal Jepun 2019, Moped, Osamu Suzuki, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my