SUZUKI Motorcycle India (Suzuki India) dikhabarkan akan memperkenalkan dua model baharu dalam segmen 250cc sempena Auto Expo 2020 yang akan bermula bulan depan.
Tahun lalu, Suzuki India menerokai segmen motosikal suku liter menerusi pelancaran sportbike Gixxer SF 250 (fairing) dan Gixxer 250 (naked). Kini, pengeluar Jepun itu khabarnya mahu memasang enjin 250cc pada model selain sportbike seperti cruiser Intruder dan advencer V-Strom.
BACA >>> Suzuki Intruder (2019) Kini dengan Warna Baharu dan Ergonomik Dipertingkat
Buat masa ini, Suzuki India cuma menawarkan Intruder 150 untuk pasaran tempatan yang berkongsi enjin sama seperti Gixxer 155. Jadi, dua model baharu yang akan masuk ke dalam famili 250cc itu nanti dijangka berkongsi enjin sama seperti Gixxer 250, berkapasiti 249cc dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 26hp dan tork 22.6Nm.
Selain Intruder 250 untuk segmen cruiser, V-Strom 250 pula mungkin turut diperkenalkan berdasarkan trend segmen advencer yang semakin berkembang di India. Enjin Gixxer 250 berpotensi ditala semula untuk menjana ekstra tork supaya menepati karakter asal sebuah jentera advencer.
'Baby V-Strom' juga mungkin dipasangkan rim aloi 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang), dan beberapa ciri lain. Namun, itu cuma andaian dan ramalan semata-mata.
BACA >>> #EICMA2019: Suzuki V-Strom 1050 (2020) Tampil Lebih Menyengat, Berkuasa
Suzuki India dijangka mempamerkan V-Strom 1050 berkuasa 107hp dan tork 100Nm yang patuh emisi BS-VI pada Auto Expo 2020. Pameran auto itu akan berlangsung di Expo Mart, Greater Noida, Uttar Pradesh, India bermula 7-12 Februari depan.
GALERI
SUZUKI V-STROM 250
SUZUKI INTRUDER 150
SUMBER: FinancialTimes
Leave a Reply