BUKAN sedikit pemandu yang berdebar-debar setiap kali mahu memarkir kereta, terutama parkir selari atau sisi (parallel/side parking). Buktinya, ada berlambak video yang dikongsikan laman sosial seperti YouTube yang menunjukkan ramai pemandu masih gagal memarkir kenderaan dengan sempurna.
Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Tidak mengapa, kami akan bantu anda menerusi artikel ringkas ini. Tetapi apa yang penting adalah berlatih sehingga mahir. Ini cuma teori. Anda boleh lakukannya di mana-mana tempat dan kawasan parkir lapang pada hujung minggu. Ingat, practice makes perfect!
BACA >>> Lelaki Pecah Rekod Beli Petak Parkir Harga RM2.8 Juta, Paling Mahal di HK
Hukum ibu jari (rules of thumb) dan pengalaman sangat membantu, tetapi kami lebih suka memilih eksperimen berulang kali. Mungkin anda sudah mahir dan setiap tindakan dilakukan secara spontan. Tetapi tahukah anda bahawa setiap langkah yang anda lakukan itu sebenarnya berasaskan aturan sama seperti di bawah ini.
Baca panduan ini sambil merujuk gambarajah utama di atas:
1. Pandu kereta supaya selari dengan kereta sebelah. Pastikan gandar belakang (tengah rim) sejajar dengan hujung bampar kereta sebelah. Pusing stereng ke kiri hingga habis dan mula pandu masuk ke dalam petak parkir.
2. Undurkan kereta hingga bahagian tengah kereta selari dengan bampar belakang kereta sebelah. Kemudian, luruskan stereng dan undurkan kereta hingga tayar belakang (kanan) sejajar dengan tepi jalan.
3. Pusingkan stereng arah bertentangan (kanan) dan undur kereta. Anda akan dapati sisi kereta anda akan berada sejajar dengan kereta sebelah, yang sekarang di depan.
4. Jika mengikuti langkah diberikan, kereta anda pasti akan berada dalam petak parkir yang dimahukan. Keluar sekarang dan perhatikan hasil kerja anda.
DIBUKTIKAN MATEMATIK
Kajian University of London yang disokong Vauxhall baru-baru ini menetapkan amaun sebenar ruang ekstra yang diperlukan sesebuah kereta untuk diparkir selari. Ia bergantung kepada radius pusingan (r) kereta anda, jarak roda atau wheelbase (l), jarak dari pusat roda depan hingga depan kereta (k) dan lebar kereta yang anda cuba parkir di belakangnya (w).
Tapi, siapa pula yang mahu peduli dengan rumus ini? Hmmm...
BACA >>> Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?
ALTERNATIF
Tarik brek tangan. Dua beradik di Britain dengan memandu model MINI original berjaya memecahkan rekod dunia memarkir kereta secara selari dalam ruang sempit, iaitu 5.2 inci sahaja. Rahsianya, pusingan J tepat dan gril besi bampar kuat, serta beberapa kali cubaan gagal. :p
TEKAN BUTANG
Stereng kuasa elektrik dan sonar menjadi ciri baharu yang membolehkan beberapa kereta moden masa kini memarkir sendiri. Antara pengeluar yang menawarkan ciri bantuan parkir ini ialah Ford. Lebih mudah dan relaks. Lihat video promo Ford di atas. Menarik jugakan?
SUMBER: RoadandTrack
Leave a Reply