• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Spoon Hasilkan Bampar Depan Aero untuk Honda Civic Type R FK8

Spoon Hasilkan Bampar Depan Aero untuk Honda Civic Type R FK8

January 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TUNER Honda, Spoon menawarkan komponen aftermarket untuk modifikasi kosmetik dan meningkatkan potensi sebenar model jenama Jepun itu.

Terbaharu, syarikat itu muncul dengan produk bampar Aero depan untuk Civic Type R FK8 yang bukan hanya menjadikan model tersebut nampak lebih kemas, tetapi turut meningkatkan prestasi sebenar pada tahap maksimum.

BACA >>> Honda Civic Type R (2020) Facelift Debut di Tokyo, Kini dengan Honda Sensing

Spoon Bampar Aero 2
Spoon Bampar Aero 1
Spoon Bampar Aero 4

Bampar depan direka dengan ventilator udara lebih besar untuk menyuap lebih banyak angin ke dalam kebuk enjin. Ini dapat dilihat pada rekabentuk gril dengan jaring lebih besar.

Bahagian bawah gril juga menggunakan material jaring yang bertujuan memaksimumkan aliran angin ke intercooler dan penyejuk minyak. Selain itu, sisi bampar ada ruang masukan udara untuk membantu menyejukkan komponen brek cakera Type R.

Bampar Aero ini didatangkan dengan lid bawah untuk menjadikan ia lebih dinamik. Juga ada dua lubang khas untuk dipasangkan lampu kabus FK8 tulen. Jadi, pembeli tidak perlu membesarkan lubang atau melakukan ubah suai kerana ia memang direka supaya sepadan saiz lampu kabus tulen FK8.

BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong

Ada dua jenis pilihan material bampar depan Aero, iaitu FRP (kiri) dan karbon (kanan). Bampar karbon Aero cuma didatangkan dengan tambahan lip gentian karbon.

Kedua-dua pilihan bampar itu datang tanpa cat pada harga 250,000 yen (RM9,260) untuk Aero karbon dan 180,000 yen (RM6,670) untuk FRP.

SUMBER: SpoonSport | Kabaroto

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Honda Civic Type R FK8, Kit Aero, Tuner Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev