KAWASAKI Motors Taiwan (KMT) memulakan 2020 dengan memperkenalkan pilihan warna baharu untuk enam model motosikal pelbagai segmen, terdiri daripada touring, easy rider, naked, cafe racer, streetbike dan supersport.
Pembaharuan model 2020 itu juga melibatkan pelbagai kelas enjin daripada 300cc hingga 650cc, seperti berikut:
BACA >>> Kawasaki Z900RS Classic Edition - Tribut Model Legenda 70-an, Ada 100 Unit Sahaja
- Versys X-300 Tourer
- Vulcan S650
- Z400
- Z900 RS
- Ninja 400
- Ninja ZX-6R
Tahun lalu, Kawasaki memperkenalkan model seperti Ninja 400, Z900RS, W800 dan Ninja ZX-6R untuk pasaran Taiwan yang menambah pilihan lebih luas kepada pelanggan di sana.
Ini membantu KMT mencatat pertumbuhan positif jualan motosikal dan skuter sebanyak 15 peratus berbanding tahun 2018. Bagaimanapun, jumlah jualan unit motosikal tidak dinyatakan.
BACA >>> 13 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja 400 (2018)
Menerusi pembaharuan warna edisi 2020, KMT berharap dapat meneruskan momentum prestasi jualan motosikal yang lebih baik di Taiwan. Bagi mencapai misi itu, pengeluar tersebut akan menambah baik perkhidmatan jualan dan servis supaya berpuas hati dengan pengalaman pemilikan yang lebih baik.
GALERI
Z900 RS
ZX-6R
Vulcan S650
Ninja 400
Z400
Versys X-300 Tourer
SUMBER: Kawasaki Motors Taiwan
Leave a Reply