• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Cara Bajet Hilangkan Bau Asap Rokok dalam Kereta

#ApaNakBuat: Cara Bajet Hilangkan Bau Asap Rokok dalam Kereta

January 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda masuk ke dalam kabin kereta dan terhidu bau asap rokok yang pekat melekat? Jangankan orang biasa, perokok sendiri pun pening kepala hendak hilangkan bau busuk tersebut. Lebih-lebih lagi kena pula bawa ibu bapa atau bakal mentua berjalan jauh.

Pewangi kereta pun belum tentu dapat menghilangkan bau asap rokok. Malah sesetengah produk boleh menyebabkan bau kabin bertukar menjadi lebih hapak atau kepam.

Ada dua punca kenapa anda sukar menghilangkan bau asap rokok dalam kereta. Pertama, asap rokok ada partikel kecil yang mudah menembus masuk ke dalam ruang sempit dalam kabin kereta. Kedua, kerja mencuci dalaman kabin adalah lebih sukar berbanding luaran kereta, seperti celahan pintu, karpet atau mana-mana sudut sukar dicapai tangan.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta

APAKAH YANG ADA DALAM KANDUNGAN ASAP ROKOK?

Asap rokok mengandungi:

  • 3 jenis bahan kimia beracun - Arsenik, plumbum dan hidrogen sianida
  • 2 bahan pencemar udara utama - Nitrogen oksida dan karbon monoksida
  • Agen pengawet mayat - Formaldehid
  • Bahan letupan utama
  • Pencuci industri - Ammonia
  • 43 karsinogen dengan urea - Bahan utama dalam air kencing, juga salah satu agen perisa rokok

Tahukah anda ada beberapa barangan runcit murah berharga bajet yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau asap rokok?

1. CUKA

vinegar-cuka
cuka

Cuka masakan boleh membantu membunuh kuman, rumput atau rumpai serta membersihkan kotoran degil. Juga boleh digunakan sebagai pencuci pinggan, jika sanggup. Ramai tidak tahu cuka sebenarnya boleh digunakan untuk membersihkan pakaian dan boleh menghapuskan bau busuk atau hapak.

Anda boleh campurkan satu bahagian cuka dengan dua bahagian minyak bayi dan campuran itu dimasukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan campuran cecair itu pada sehelai kain lembab dan mulalah mengelap papan pemuka atau material kulit kerusi duduk.

Kemudian, gunakan sehelai kain kering lain untuk mengelap semula bahagian pertama yang dilap tadi untuk membersihkan sisa sebatian minyak dan cuka. Ini akan membantu menghapuskan bau busuk. Anda juga boleh letakkan secawan cuka pada pemegang cawan. Tidak perlu banyak, separuh cawan pun sudah mencukupi dan tinggalkan semalaman dalam kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta

2. ARANG

arang-hitam
arang

Arang memang ada banyak manfaat selain dijadikan bahan bakar barbeku. Ia boleh digunakan untuk menghalang besi dalam kotak spanar mengalami proses pengoksidaan, termasuk mengelak rumpai tumbuh di laman.

Arang juga membantu mencegah kulapuk, menghilangkan kelembapan kawasan tertutup seperti kabin kereta supaya tidak berbau kepam, dan menghilangkan bau busuk.

Apa perlu dilakukan, letakkan satu beg berisi arang dan biarkan semalamam atau tinggalkan beberapa hari dalam kereta. Anda juga boleh mencampurkan arang dengan setengah cawan soda penaik (soda bikarbonat) untuk mendapatkan kesan pembasmi bau yang lebih efektif.

3. SODA PENAIK

baking-soda-penaik
soda

Serbuk putih soda bikarbonat bukan sekadar digunakan untuk buat kek, donat kampung atau kuih-muih lain, tetapi juga boleh membantu memutihkan gigi karat, mencuci sayuran, menghilangkan bau dalam peti sejuk dan menghapuskan bau busuk seperti asap rokok dalam kabin.

Cara menggunakan soda bikarbonat memerlukan kerja tambahan untuk membersihkannya semula. Anda boleh tabur soda penaik atas papan pemuka, karpet dan kerusi sebelum dibiarkan beberapa jam.

Selepas itu, gunakan vakum untuk menyedut semula serbuk putih berkenaan. Jika mahu cara lebih mudah, pandu kereta ke pusat cuci kenderaan. Jika bau masih tidak hilang, boleh cuba letakkan sekotak soda penaik dan biarkan semalaman. Atau jika perlu, tinggalkan sebulan.

4. HIDROGEN PEROKSIDA (HYDROGEN PEROXIDE)

clorox
hydrogen-peroxide

Hidrogen peroksida biasanya digunakan sebagai ejen peluntur, antiseptik dan pengoksida. Ia juga digunakan dalam dunia perubatan untuk membasmi kuman seperti influenza.

Bahan kimia ini juga boleh menghilangkan bau busuk. Anda cuma perlu campurkan sebahagian hidrogen peroksida dengan sebahagian cuka. Masukkan botol penyembur dan semburkan pada fabrik kabin.

5. KOPI DIKISAR

kopi
serbuk-kopi

Buat penggemar kopi, ini mungkin cara paling disukai. Anda boleh letakkan dua mangkuk kecil kopi dikisar dalam kereta iaitu sekitar kawasan penumpang depan dan kerusi belakang untuk membantu menghilangkan bau busuk atau hapak.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?

SUMBER: Carmudi

Related

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Bau Asap Rokok, Hilangkan Bau Asap Rokok Dalam Kereta, merokok dalam kereta, Roda4, tip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev