SAKSI yang merakamkan insiden penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan kekerasan fizikal ke atas seorang penunggang motosikal supaya tampil membantu siasatan, minta polis.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata, saksi berkenaan boleh datang memberikan keterangan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atau mana-mana IPD atau balai polis berdekatan, untuk diambil keterangan.
"Dalam kejadian semalam kira-kira pukul 10.30 pagi yang berlaku di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu-Sandakan, saksi berkenaan dipercayai merakam video berdurasi 45 saat yang memaparkan anggota JPJ melakukan kekerasan, dengan menendang penunggang motorsikal lelaki," katanya dalam kenyataan di Lahad Datu, semalam.
Menurut laporan Bernama, penunggang motosikal berumur 20 tahun itu ditahan kerana cuba melarikan diri dari sekatan jalan dan bertindak merempuh dua pegawai JPJ bertugas hingga memaksa pegawai mereka bertindak keras.
Di bawah ini ialah rakaman video yang tular tersebut:
SUMBER: Bernama
Leave a Reply