• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Cadang Ganti Istilah 'Kemalangan' dengan 'Perlanggaran' Jalan Raya

Kementerian Cadang Ganti Istilah 'Kemalangan' dengan 'Perlanggaran' Jalan Raya

January 11, 2020 By Han Othman 2 Comments

14.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan
bercadang memperkenalkan istilah 'perlanggaran jalan raya' bagi menggantikan 'kemalangan' dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna di jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya akhir tahun lalu supaya dapat memberikan maksud sebenar kesan perlanggaran sebagai punca utama kemalangan jalan raya.

“Kemalangan berlaku disebabkan faktor-faktor tidak disengajakan seperti keadaan jalan raya rosak, kenderaan gagal berfungsi baik meskipun sudah diservis, manakala perlanggaran disebabkan ‘kesilapan manusia’ atau 'kecuaian pengguna jalan raya' yang bersikap mementingkan diri.

“Penggunaan istilah perlanggaran di jalan raya dilihat mampu mengubah minda orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati ketika memandu. Istilah perlanggaran ini diperkenalkan supaya masyarakat lebih memahami tanggungjawab tertinggi ketika berada di jalan raya adalah penunggang motosikal atau pemandu kenderaan itu sendiri,” katanya dipetik Bernama selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 2020 sempena Tahun Baharu Cina 2020 di Kuala Lumpur, 9 Januari lalu.

Kamarudin berkata lagi, dalam Bahasa Inggeris juga kerap menggunakan istilah kemalangan sebagai ‘crash’ berbanding ‘accident’. Jadi beliau menegaskan, cadangan itu adalah sebagai peringatan supaya pengguna jalan raya tidak mementingkan diri bagi mengurangkan risiko kemalangan.

STATISTIK KEMALANGAN 2018.

Kamarudin turut berkongsi statistik kemalangan maut sepanjang 2018 seperti berikut:

  • Penunggang Motosikal - 4,128 kematian
  • Pemandu Motokar - 1,167 kematian
  • Pejalan Kaki - 407 kematian

Punca kemalangan pula disebabkan:

  • Kecuaian pemandu/penunggang - 80 peratus
  • Faktor lain (kondisi jalan raya atau kenderaan) - 20 peratus

Isunya, tiada tarikh pelaksanaan cadangan penggunaan istilah itu diberikan dan pihak media juga tidak menerima sebarang arahan mengenai perkara tersebut. Hmmm...

SUMBER: Bernama

Related

14.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Kamarudin Jaffar, Ganti 'Kemalangan' dengan 'Perlanggaran', Kementerian Pengangkutan, Timbalan Menteri Pengangkutan

Comments

  1. Ali says

    January 12, 2020 at 7:16 PM

    Takde bezanya apa2 istilah yang digunakan jika penguatkuasaan dan undang2 di ketepikan oleh pemandu serta pihak yg berkenaan...kan✌️✌️

    Reply
  2. Nazir tajuddin says

    February 8, 2020 at 10:03 PM

    Banyak lgi masalh lain lebih besar,takdak keja moha ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev