• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Toyota Hasilkan Semula Alat Ganti Supra Lama

Toyota Hasilkan Semula Alat Ganti Supra Lama

January 16, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Japan mengumumkan pelancaran program projek Alat Ganti Warisan GR (GR Heritage Parts) yang pasti melegakan ramai pemilik model Supra lama.

Inisiatif terbaharu itu akan menyaksikan pengeluaran semula beberapa komponen Supra yang tiada lagi di pasaran seperti Supra A70 (generasi ketiga, 1986-1993) dan A80 (generasi keempat, 1993-2002).

BACA >>> #PanduUji: Puas Hati Balun Toyota GR Supra, Kereta Power yang Jimat Minyak!?

Supra A70
Supra A80

Bagaimanapun, Toyota menyatakan pihaknya tidak terus mengeluarkan semula semua komponen A70 dan A80, sebaliknya dimulakan dengan beberapa alat ganti dahulu.

Bagi Supra A70, sebanyak lima komponen ditawarkan semula, iaitu aci propeler (propeller shaft), hendal pintu, tolok hantar bahan api (fuel sender gauge), jalur cuaca (weather strip) dan lencana depan. Alat ganti A80 pula membabitkan lampu depan, hendal dan buster brek.

BACA >>> Toyota GR Supra GTS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM580k Sahaja!

Pada masa sama Toyota membuka peluang kepada pemilik Supra A70 dan A80 sedunia untuk mengemukakan permohonan komponen yang diperlukan dengan mengisi butiran dalam pautan www.toyota.co.jp. Berdasarkan semakan, Malaysia turut berada dalam senarai negara Asia di dalam borang berkenaan.

Kami akan mengumpul semua permohonan diterima dan menggunakan data tersebut ketika membuat keputusan untuk pengeluaran komponen seterusnya."

- Toyota Japan

Toyota belum memberikan nombor pada alat ganti yang akan dihasilkan semula itu, tetapi pengeluaran dikatakan bermula tahun ini. Cuma, jualan mungkin ditunda hingga 2021 disebabkan alasan pengeluaran. Semua alat ganti Supra itu akan dijual sebaga produk tulen Toyota di Jepun, Amerika Utara dan Eropah menerusi premis Toyota terpilih. Namun, harga belum diumumkan.

BACA >>> Toyota GR Supra GT4 Dibuka untuk Tempahan, Khas Litar Lumba Sahaja!

SUMBER: Toyota

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Roda4 Tagged With: aksesori, Alat Ganti Toyota Supra, Alat Ganti Warisan GR, Auto Terkini, GR Heritage Parts, Supra Parts, Toyota, Toyota Supra, Toyota Supra A70, Toyota Supra A80

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my