• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Lenovo Ducati 5 - Komputer Riba Edisi Terhad untuk Peminat Ducati

Lenovo Ducati 5 - Komputer Riba Edisi Terhad untuk Peminat Ducati

January 9, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal Itali, Ducati dan syarikat teknologi dari China, Lenovo menjalin kerjasama untuk menghasilkan komputer riba edisi Ducati Corse baharu, dinamakan Lenovo Ducati 5.

Lenovo Ducati 5 tampil dengan strip merah ikonik Ducati Corse pada badan komputer yang diperbuat daripada aluminium. Ia kini ditayangkan di Pameran Konsumer Elektronik (CES) 2020, Las Vegas, Amerika Syarikat, yang berlangsung 7-10 Januari ini.

BACA >>> Abang Johann Pilih Ducati!

Komputer riba edisi terhad ini mengadunkan beberapa elemen pada jentera Ducati, seperti paten honeycomb (sarang lebah) yang diilhamkan daripada ekzos Ducati, dan diaplikasikan pada ventilator udara di bawah komputer, juga ada nombor siri khas.

Sistem BIOS komputer akan memainkan bunyi bass mirip jentera MotoGP di trek lumba.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Diumum Motosikal Tercantik di EICMA 2019!

Komputer riba kategori pertengahan ini ditawarkan dalam saiz skrin 14 inci, dan menggunakan sistem operasi (OS) Windows 10 dengan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10.

Ciri lain diberikan ialah  cip grafik Intel, pembesar suara Dolby Audio, Bluetooth 5.0, paparan definisi tinggi penuh (Full HD 1920x1080), konektiviti WiFi6, pengecasan pantas Rapid Charge, memori 8 gigabit dan cakera keras SSD 1Tb. Bateri komputer mampu tahan hingga 12 jam sebelum perlu dicas semula.

Lenovo Ducati 5 akan dijual pada harga €899.99 (RM4,090).

Lenovo Ducati 5
Lenovo Ducati
Lenovo Ducati 6
Lenovo Ducati 4
Lenovo Ducati 3
Lenovo Ducati 2
Lenovo Ducati 1

SUMBER: SlashGear

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Ducati, Ducati Corse, Komputer Riba, Komputer Riba Edisi Terhad, Laptop, Lenovo, Lenovo Ducati 5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev