
MASIH ada sehari lagi (esok) untuk anda hadir ke pameran kereta MyAuto Fest 2016 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang berlangsung sepanjang 20 hingga 22 Mei ini bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Jangan lepaskan peluang kerana masuk ialah percuma!
Sebentar tadi kami sempat turun meninjau ke lokasi pameran. Memang meriah dengan pengunjung walaupun jumlah kereta dan ruang pameran cuma berskala sederhana. Tiga reruai paling menonjol ialah PROTON, Honda dan Toyota. Antara pengeluar automobil lain yang turun memperagakan barisan produk masing-masing ialah Tata, Volvo, Hyundai, Peugeot, Volkswagen, Citroen, Jaguar, Land Rover, Kia dan BMW.
Kami hidangkan kepada anda foto-foto kereta dan suasana acara yang berjaya memikat hati ramai pengunjung di sana.
TRAK TATA PRIMA 4038.S

JEEP WRANGLER RUBICON

BMW 318i LUXURY

HYUNDAI IONIQ

VOLKSWAGEN VENTO

PEUGEOT 408 e-THP

HONDA JAZZ

VOLVO XC90

JAGUAR XE

HONDA CIVIC 2016

PROTON PERDANA 2016

Leave a Reply