• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bosch Virtual Visor - Inovasi Visor Pintar untuk Elak Silau Matahari

Bosch Virtual Visor - Inovasi Visor Pintar untuk Elak Silau Matahari

January 10, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

370
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUATU masa dulu, pemandu kereta terpaksa menggunakan tangan untuk menghalang pancaran cahaya matahari yang menyilau pandangan mata sebelum visor matahari (sun visor) dicipta.

sun-visor-1
sun-visor-2

Visor matahari dipasangkan pada siling kabin membantu mengurangkan kesan silau cahaya matahari, khususnya ketika matahari terbit dan mula terbenam. Tahukah anda, visor itu sudah berusia lebih 90 tahun, tetapi tidak menerima sebarang pembaharuan walaupun industri automotif semakin berkembang maju?

BACA >>> Hyundai Patenkan Visor Matahari dengan Indikator Lampu Isyarat

BOSCH VIRTUAL VISOR

Terkini, Bosch memperkenalkan inovasi baharu visor matahari, dinamakan Bosch Virtual Visor yang menggunakan panel paparan hablur cecair (LCD), unit kamera dan perisian pengecaman wajah, atau teknologi kepintaran buatan (AI). Rekacipta tersebut ditayangkan di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020  di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.

Panel LCD itu dihubungkan dengan unit kamera dan perisian pengecaman wajah AI. Unit kamera, yang dihalakan ke arah pemandu, berfungsi memfokuskan pancaran cahaya matahari yang menyuluh wajah. Sistem AI pula akan mengenal pasti wajah pemandu menerusi lensa kamera yang sama, dan menetapkan bahagian muka yang mahu digelapkan.

Selepas menetapkan kedudukan mata dan mentafsir pandangan pemandu, sebahagian panel LCD akan digelapkan untuk menyekat pancaran matahari yang menyilau mata pemandu.

BACA >>> #TahukahAnda: 11 Aksesori Wajib Ada dalam Kereta yang Mesti Anda Beli

Uniknya, kawasan yang digelapkan itu cuma bahagian mata pemandu dan bukan keseluruhan skrin LCD. Ini berbeza visor matahari biasa yang akan menghalang sebahagian pandangan pemandu. Sebalik bahagian LCD Bosch Virtual Visor lain akan kekal lut sinar yang membolehkan pemandu melihat pandangan depan lebih baik (lihat gambar perbandingan di atas).

Bosch belum menawarkan teknologi visor maya itu untuk kegunaan kenderaan komersial atau persendirian. Bagaimanapun, pengeluar itu masih dalam perbincangan dengan pengilang-pengilang tulen (OEM).

BACA >>> Bosch Hasilkan Teknologi Angkasa untuk Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

GALERI
bosch-sun-visor-1
bosch-sun-visor-2
bosch-sun-visor-3
bosch-sun-visor-4
bosch-sun-visor-5
visor matahari bosch
visor matahari bosch 3
visor matahari bosch 2
visor matahari bosch 1

SUMBER: TechCrunch

Related

370
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: autotainment, Bosch, Bosch Virtual Visor, Sun Visor, Visor Matahari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev