• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Tawar Diskaun 'Very Wong' Sempena Tahun Baru Cina 2020!

Volkswagen Tawar Diskaun 'Very Wong' Sempena Tahun Baru Cina 2020!

January 7, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMPENA Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan diskaun 'Very Wong', yang membawa maksud 'kemakmuran' dalam bahasa Kantonis, untuk model Volkswagen terpilih dengan beberapa tawaran tambahan lain.

Polo
Vento
Golf R-Line
Tiguan
Beetle

Senarai model Volkswagen yang mendapat diskaun 'Very Wong' terdiri daripada:

  • Polo - Jimat hingga RM4,000 dengan ansuran bulanan RM725
  • Vento Comfortline - Jimat hingga RM8,000 dengan ansuran bulanan RM783
  • Vento Highline - Jimat hingga RM4,000 dengan ansuran bulanan RM894
  • Golf R-Line - Jimat hingga RM2,000 dengan ansuran bulanan RM1,750
  • Tiguan Highline - Jimat hingga RM2,000 dengan ansuran bulanan RM1,675
  • Beetle Sport - Jimat hingga RM5,000 dengan ansuran bulanan RM1,505

Setiap diskaun juga melibatkan semua varian, dan pengiraan bulanan dibuat berasaskan tempoh pinjaman 9 tahun dan deposit 10 peratus berserta kadar faedah 2.5 peratus, tertakluk terma dan syarat sementara stok masih ada.

Pembeli Volkswagen Tiguan varian Highline, JOIN atau Sound & Style akan menikmati 'Very Wong' menerusi tambahan insurans dan rebat petrol percuma untuk setahun. Ini termasuk pemeriksaan percuma 20 poin, diskaun hingga 20 peratus untuk bateri dan tayar, termasuk angpau.

Pemilik baucar servis percuma yang berbelanja minimum RM388 pula akan mendapat percuma isian bendalir penyejuk, pencuci cermin utama dan minyak enjin. Jika tiada baucar, anda hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk menikmati tawaran sama, manakala pelanggan Volkswagen lain pula boleh menikmati tawaran tersebut dengan berbelanja minimum RM288.

Semua model Volkswagen hadir dengan 5 tahun waranti tanpa had perbatuan berserta bantuan jalan dan 3 tahun servis percuma. Semua tawaran tertakluk terma dan syarat, dan sah hingga 29 Februari 2020. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari laman web rasmi VPCM, www.volkswagen.com.my

BACA >>> Kajian: Pembeli UK Suka Volkswagen Golf Hitam, Paling Popular 2019

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CNY, Diskaun Very Wong, Diskaun volkswagen, diskaun volkswagen 2020, Roda 4, Tahun Baru Cina, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my