• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Titan The Shark Guna Kulit Ikan untuk Balut Pelana

#BikinMotor: Titan The Shark Guna Kulit Ikan untuk Balut Pelana

January 9, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TITAN Motorcycles yang kini beroperasi di Graz, Austria terkenal dengan kepakaran modifikasi pelbagai jenis motosikal menarik. Kali ini, mereka menampilkan The Shark.

Projek bermula dengan kerja-kerja mengumpul komponen motosikal era 1970-1980-an yang sebahagian besar terdiri daripada model BMW R45 dan R75 hingga cukup lengkap untuk dipasangkan menjadi sebuah motosikal.

BACA >>> Dua Beradik Bikin Motor Banjir Dua Jam Saja!

Komponen swingarm tunggal disambungkan pada frem R75. Jika diperhatikan, motosikal ini tiada subfrem, tetapi menggunakan spring dedaun (leaf spring) kustom yang berfungsi sebagai subfrem dan masa sama menyokong tapak pelana.

Objek pada belakang pelana nampak seperti sirip ekor jerung dan tapak pelana pula dihasilkan daripada material titanium ringan. Tangki minyak dan fairing depan juga dikustomkan dan direka untuk membantu meningkatkan imej agresif jentera ini.

BACA >>> #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Versi Kustom Pertama di Dunia

The Shark menggunakan fork campuran, iaitu kombinasi fork Ducati 696 pada klamp tripel Ducati 999. Suspensi belakang BMW R diubah suai menjadi absorber tunggal. Sistem brek roda depan menggunakan dwi-cakera dengan kaliper Brembo M4.

Rim jejari belakang dibalut tayar dadu Continental TKC 80, manakala rim sport depan menggunakan tayar jenis slik, yakni kombinasi yang nyata bukan konvensional.

Enjin asal dileraikan dan disambung kepada kit Siebenrock Power (pakej terdiri daripada kepala silinder, piston, gelang piston dan gasket). Ini membantu meningkatkan kapasiti enjin hingga 860cc. Penapis udara jenis pod K&N dan sistem ekzos The Shark menggunakan konfigurasi 2-1.

Ikan Sturgeon

Sistem elektronik The Shark dikurangkan dan dikecilkan saiz, termasuk menggunakan lampu signal Kellermann. Lampu depan dan belakang daripada jenis LED. Pelana agak luar biasa kerana menggunakan material kulit ikan Sturgeon!

BACA >>> #BikinMotor: Smoked Garage Ghost - Triumph Speed Triple Jadi Roadster Eksotik

GALERI
Titan The Shark BMW R75 (3)
Titan The Shark BMW R75 (4)
Titan The Shark BMW R75 (5)
Titan The Shark BMW R75 (2)
Titan The Shark BMW R75 (1)
Michael Hochfellner
titan-the-shark-2
titan-the-shark-3
Michael Hochfellner
Michael Hochfellner

SUMBER: PipeBurn | TheArsenale | Titan

Related

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Modifikasi, Motosikal Kustom, The Shark, Titan Motorcycles, ubah suai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev