• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vinales Jawab Kenapa Laju Masa Ujian, Tetapi Perlumbaan Sebenar Tetiba Perlahan

Vinales Jawab Kenapa Laju Masa Ujian, Tetapi Perlumbaan Sebenar Tetiba Perlahan

January 5, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA ujian pramusim, November tahun lalu, pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales ialah pelumba terpantas dengan mencatatkan masa 1:29.849 di Valencia.

Isunya, walaupun beliau sentiasa konsisten mencatatkan masa terbaik dalam ujian pramusim, termasuk ujian kelayakan dan latihan musim lalu, tetapi apabila tiba masa perlumbaan sebenar, prestasinya tiba-tiba jadi tidak menentu. Dominasi cemerlang yang dipamerkan langsung hilang apabila saingan MotoGP 2019 bermula.

Beliau kerap menjadi sasaran kecaman warga maya atas prestasi hambar tersebut yang cuma mampu menjadi jaguh trek ujian yang kecundang ketika aksi sebenar. Apabila diajukan tentang isu berkenaan, berikut jawapan diberikan pelumba Sepanyol itu;

Memang bagus untuk faham ketika ujian pramusim, selalunya hanya ada (sisa) getah tayar Michelin atas trek. Sebab cengkaman tayar hebat, cengkaman motor kami pun hebat. Tapi apabila perlumbaan sebenar, kami bermula selepas kelas Moto2 yang mana ada getah tayar Dunlop (atas trek).

"Ini banyak ubah feeling dan cengkaman di trek. Dan motor kami paling banyak terjejas apabila berlaku  perubahan tahap cengkaman. Bagi aku, itulah alasannya.

Vinales juga menegaskan karakter litar bukan alasan kerana Yamaha pernah menang di Litar Antarabangsa Sepang yang mempunyai trek sukar.

BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 2 - Vinales Tunjuk Taring, KTM Masih Bergelut

maverick-vinales-monster-energy-yamaha-2019
maverick-vinales-dan-cal-crutchlow-jerman-2019
Maverick Vinales_2

Jadi bagi Vinales, kenapa beliau mampu beraksi ketika ujian dan bukan ketika perlumbaan sebenar adalah kerana mereka (pelumba Yamaha) perlu berlumba selepas Moto2 yang mana sisa getah tayar jenama lain menjejaskan prestasi cengkaman jentera M1 disebabkan permukaan trek licin.

Namun, apakah dilakukan Vinales untuk menangani masalah tersebut? Pada penggal kedua pusingan akhir MotoGP 2019, kita dapat melihat perubahan dilakukan beliau  yang tidak lagi menumpukan kepada kelajuan maksimum, tetapi kepada tempo perlumbaan.

BACA >>> Bos Yamaha: Tiada Alasan untuk Lepaskan Vinales

Vinales mengakui apa dilakukan itu nyata menjadi. Baginya, apabila beliau mula memberikan perhatian kepada diri sendiri dan tidak terlalu memikirkan mengenai lawan, itulah cara terbaik untuk menang, iaitu mencapai yang terbaik untuk diri sendiri dan jentera.

Biasanya perlumbaan pertama adalah cuba faham tayar dan pilih tayar yang sesuai ketika berlumba. Kemudian kami tengok tempo kelajuan lumba.

"Pasukan tahu jentera kami sangat baik ketika ujian kelayakan. Selalu di barisan pertama, dan ini bagus untuk mula perlumbaan. Tapi apabila berlumba, aku mula rasa payah seawal lap pertama kerana itulah kami perlu tingkatkan prestasi di awal mula perlumbaan. Inilah perlu ditingkatkan pada musim 2020."

SUMBER: TMCblog

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, 2020 MotoGP, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP, MotoGP 2020, roda2, sukan permotoran, Yamaha, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev