• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Facebook Kia Malaysia Siar Foto Acah Seltos, Lancar Tahun Ini?

Facebook Kia Malaysia Siar Foto Acah Seltos, Lancar Tahun Ini?

December 31, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BEBERAPA jam sebelum 2020, Kia Malaysia memuat naik imej acah model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Seltos di laman media sosial rasmi wakil pengedar itu. Tidak dapat dipastikan sama ada itu sekadar ucapan tahun baharu atau memberi bayangan kehadiran SUV subkompak itu ke pasaran tempatan.

Apa menarik tentang Seltos, debut perdana dilancarkan di India yang juga model Kia pertama dipasang di negara tersebut. Seltos juga menjadi model strategi Kia dalam segmen SUV global yang mempunyai permintaan tinggi.

BACA >>> Kia Buka Kilang di India, Seltos Jadi Model Buatan Tempatan Pertama

Selepas India, Seltos dilancarkan di Amerika Syarikat dan disusuli China pada minggu sama dengan nama KX3. Kia sebenarnya mempunyai satu lagi SUV subkompak, dipanggil Stonic yang dijual di Britain. Ini menunjukkan Seltos mempunyai peranan berbeza daripada Stonic.

Gaya Seltos cenderung kepada imej bersegi, berbeza sama sekali dengan pesaing lain seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Toyota C-HR dan Nissan Kicks.

BACA >>> Kia Seltos - SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

LAIN PASARAN, LAIN SPESIFIKASI

KIA KX3
KIA SELTOS

Seltos spesifikasi AS ditawarkan dengan enjin 1.6 T-GDI dan 2.0L, manakala KX3 versi China cuma ada satu varian enjin,  1.5L dengan transmisi automatik 8-kelajuan berkuasa 113hp dengan penggunaan bahan api 5.4 liter per 100km (bandar dan lebuh raya).

Ada tiga lagi jenis enjin ditawarkan Seltos: 1.6L T-GDI Turbo (175hp), 2.0L (147hp) dan 1.6L diesel (134hp) dengan tiga pilihan transmisi mengikut pasaran jualan, iaitu transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, automatik 6-kelajuan dan CVT.

Seltos turut dilengkapi teknologi moden seperti Sistem Bantuan-Pemandu Termaju (Advanced Driver-Assistance Systems, ADAS), Bantuan Perlanggaran Depan (Forward Collision Assist FCA), Amaran Perhatian Pemanduan (Driver Attention Warning, DAW) dan Brek Parkir Elektrik (Electric Parking Brake, EPB).

Masih terlalu awal untuk mengetahui trenkuasa dan teknologi pemanduan yang ada pada Seltos sekiranya SUV itu ditawarkan di negara kita, termasuk harga. Namun, jika menjadikan HR-V sebagai SUV pesaing dalam segmen sama, Seltos dianggarkan berharga RM100,000 hingga RM130,000.

BACA >>> Mantan Ketua Rekabentuk BMW, Karim Habib Sertai Kia Motors

GALERI
kia-seltos-15
Kia Seltos.03
kia-seltos-1
Kia Seltos.05
Kia Seltos.04
kia-seltos-8
kia-seltos-14
kia-seltos-13
kia-seltos-2
kia-seltos-2020-2
kia-seltos-10
kia-seltos-20

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Malaysia, Kia Seltos, Kia Stonic, Naza Kia, SUV, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev