• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda ADV 150 Baru Masuk Jepun, Harga RM17k!

Honda ADV 150 Baru Masuk Jepun, Harga RM17k!

December 31, 2019 By Abang Hirata 1 Comment

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA ada strategi menarik mengenai ADV 150 yang kali pertama diperkenalkan di Indonesia pada Julai 2019 sebelum mendapat sambutan hangat hingga mencapai 10,000 unit tempahan.

Kemudian,  skuter advencer itu dilancarkan pula di Filipina sebelum menjengah pasaran Thailand. Bilakah pula giliran pasaran negara asal model itu? Jawapannya, ADV 150 baru saja dilancarkan di Jepun pada 20 Disember lalu. Strategi tersebut bukanlah pelik kerana memang berlaku trend pengeluar Jepun melancarkan debut global di luar negara asalnya.

BACA >>> Honda ADV150 - Motosikal Terbaik 2019 di Indonesia!

ADV 150 spesifikasi Jepun menggunakan enjin eSP silinder tunggal (KF38E) 149cc OHC berkuasa 13hp @ 8,500rpm dan tork 14Nm @ 6,500rpm. Model ini juga datang dengan teknologi terkini Honda seperti PGM-FI, brek ABS saluran tunggal, Sistem Kunci Pintar (SKS) Honda dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

Ciri SKS membolehkan penunggang menghidupkan enjin dengan kunci kawalan jauh yang tersimpan dalam poket. ESS pula berfungsi mengaktifkan lampu signal kecemasan apabila berlaku situasi brek mengejut, atau kemalangan sebagai amaran kepada kenderaan belakang.

BACA >>> Giliran Thailand Pula Lancar Honda ADV 150, Harga RM13.5k

Ruang simpanan pula mempunyai kapasiti 27 liter, cukup untuk memuatkan helmet atau barangan lain, manakala tangki minyak boleh diisi 8 liter petrol.

Honda mensasarkan jualan 3,000 unit ADV 150 setahun di Jepun pada harga 451,000 yen (RM17,010). Harga tersebut lebih tinggi berbanding model edisi Thailand, 97,900 baht (RM13,405) dan Filipina, 149,000 peso (RM12,106), manakala di Indonesia berharga Rp3.65 juta (RM10,770) untuk model ABS dan Rp3.35 juta (RM9,890), tanpa ABS.

Walaupun mahal, tetapi perbandingan harga sepatutnya turut dibandingkan dengan spesifkasi ditawarkan setiap negara yang memasarkan ADV150. Selepas Jepun, kita tunggu pula sama ada ADV 150 bakal dibawa masuk ke Malaysia atau sebaliknya. Jika ya, berapakah pula harganya?

BACA >>>  Honda UK Umum Harga CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), RM108k

GALERI

Related

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda ADV, Honda ADV 150, Honda Japan, roda2, skuter, skuter advencer

Comments

  1. maddaidee says

    June 16, 2020 at 3:27 PM

    comelah boon siew honda bila lagi nak masuk msia ni........ni dah 2020 nak tunggu tahun depan plak lg ker bape lama lagi rakyat msia harus menunggu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my