• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-30 Kini di Bilik Pameran Glenmarie, Lancar Bulan Depan

Mazda CX-30 Kini di Bilik Pameran Glenmarie, Lancar Bulan Depan

December 27, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

181
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BULAN lalu, Mazda Malaysia membuka tempahan bagi model yang sekian lama dinantikan peminat, Mazda CX-30. Tidak perlu menunggu lama, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kini sudahpun berada di bilik pameran Mazda di Glenmarie, Shah Alam sebelum dilancarkan secara rasmi pertengahan bulan depan.

Model yang bakal mengisi slot segmen antara CX-3 dan CX-5 itu didatangkan dalam tiga varian iaitu:

  • 2.0L - RM143,119.20
  • 2.0L High - RM164,119.20
  • 1.8L Diesel High - RM173,027.70
Mazda CX30 (4)
Mazda CX30 (2)
Mazda CX30 (15)

Model dalam gambar yang dipamerkan di bilik pameran berkenaan ialah versi 2.0L High dengan warna Soul Red Crystal (merah). Pasaran Malaysia menerima dua varian enjin iaitu 2.0L petrol dan 1.8L diesel. Enjin 4-silinder 2.0L SkyActiv petrol berkuasa 163hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 213Nm @ 4,000rpm.

Aatu lagi enjin ialah 4-silinder 1.8L SkyActiv diesel berkuasa 114hp @ 4,000rpm dan tork 270Nm @ 1,600-2,700rpm. Kedua-dua trenkuasa itu digabungkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv Drive.

Varian petrol spesifikasi tertinggi dan diesel didatangkan dengan rim aloi 18 inci bersama saiz tayar 215/55R18. Varian asas 2.0L pula menerima rim 16 inci dengan tayar 215/65 bersama lampu depan LED. Semua varian menerima lampu depan ciri LED.  Hanya varian 2.0 High dan 1.8 diesel High mendapat lampu belakang LED. Semua varian didatangkan standard dengan ciri lampu depan automatik dan wiper automatik.

BACA >>> Mazda Akan Perkenal EV Pertama di Tokyo, Ada Varian Enjin Rotari untuk Cas Tambahan

Selain itu, semua varian diberikan sistem infotainmen Mazda Connect dengan skrin 8.8 inci, fungsi kawalan menggunakan arahan suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth dan boleh dikawal dengan suis Commander Control.

Bunyi dari sistem tersebut disalurkan kepada lapan pembesar suara, dan skrin utama turut memaparkan imej daripada kamera undur lengkap dengan garisan panduan.

CX-30 juga dilengkapkan ciri keselamatan standard terbaik seperti 7 beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Lancar Bukit (HLA), fungsi pegun automatik (auto-hold), dan ISOFIX. Tidak ketinggalan ciri kawalan vektor G-Vectoring Control untuk pengalaman pengendalian stereng lebih baik.

BACA >>> Mazda CX-30 Buka Tempahan, Harga Mula RM143k Sahaja

Selain itu, jika memilih varian 2.0L High dan 1.8L Diesel High, anda akan diberikan ekstra ciri keselamatan seperti Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dan Sokongan Brek Pintar.

CX-30 didatangkan dengan pakej waranti lima tahun, termasuk penyelenggaraan percuma, dan terhad kepada perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Mazda3 (2019) Kini di Malaysia, Inilah Kereta Segmen-C Paling Seksi Buat Masa Ini

GALERI

Related

181
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bermaz Motor, harga Mazda CX-30, mazda, Mazda CX-30, Mazda CX-30 malaysia, Mazda Malaysia, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev