• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Pula Sedang Siapkan Motosikal Tiga Roda yang Lebih Sporty, Sofistikated

Kawasaki Pula Sedang Siapkan Motosikal Tiga Roda yang Lebih Sporty, Sofistikated

December 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA sudah lama memasuki pasaran teknologi multiroda miring (leaning multi-wheel, LMW) menerusi barisan produk Tricity 125 hingga Niken 847cc Niken. Kejayaan itu secara langsung menarik perhatian pesaing seperti Honda yang kemudian memperkenalkan model konsep dengan rekabentuk serupa.

Terbaharu, Kawasaki nampaknya turut berminat menyertai segmen berkenaan. Hasrat Kawasaki itu terbongkar menerusi beberapa imej dokumen paten yang bocor di media sosial.

BACA >>> #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Pertama Dunia yang Dipasangkan Turbo

Paten Kawasaki Multiroda Miring_1
Paten Kawasaki Multiroda Miring_2

Jentera multiroda miring Kawasaki itu nampaknya lebih sporty yang boleh diringkaskan sebagai anti-Niken. Seperti mana semua tahu, Kawasaki memang terkenal sebagai pengeluar motosikal jenis sportbike.

Kawasaki mungkin bukan pengeluar pertama yang menggunakan konsep sistem suspensi dan pergerakan independen, tetapi jika melihat foto didedahkan, sistem suspensi digunakan itu nyata berbeza berbanding apa yang ada pada model Yamaha dan Honda.

Rekabentuk suspensi Kawasaki itu menunjukkan roda kanan dan kiri menggunakan sistem monoshock, tetapi pergerakan independen diambil alih sistem pautan dinamakan Parallelogram yang kelihatan lebih rumit. Hasilnya, motosikal itu mampu memiliki jarak roda lebih panjang berbanding pesaing lain. Ini pasti menambah beban unsprung lebih tinggi.

BACA >>> #EICMA2018: Piaggio Kemas Kini Skuter Tiga Roda MP3 300 HPE, Sport

 

SUMBER: BikeSocial

Related

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Leaning Multi-Wheel (LMW), Parallelogram, paten, paten Kawasaki, Sistem Multiroda Miring, Yamaha, Yamaha Niken

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev