• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SAM Mahu Tambah Litar Kekal untuk Cub Prix

SAM Mahu Tambah Litar Kekal untuk Cub Prix

December 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

973
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROMOTER Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) merancang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan pemegang hak untuk membina lebih banyak litar lumba kekal bagi penganjuran siri kejuaraan perlumbaan motosikal tempatan itu.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, daripada 10 pusingan perlumbaan pada musim 2020, hanya tiga pusingan diadakan di litar lumba kekal, iaitu:

  • Litar Lumba Tangkak, Johor
  • Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Litar Antarabangsa Sepang, Selangor (venue pusingan akhir)

“Sejujurnya, Cub Prix mahukan lebih banyak pusingan diadakan di litar tetap yang serba lengkap, sekali gus menepati standard yang dituntut, dalam kejuaraan kompetitif seperti ini.

“Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan beberapa tuan rumah bagi venue kejuaraan, yang menunjukkan minat untuk mengubah litar jalanan kepada litar lumba kekal. Justeru, kami berharap usaha ini akan menjadi berita gembira untuk dikongsi pada pertengahan musim 2020 nanti,” kata Hogg.

petronas-cubprix-logo-png
sam-logo

MUSIM 2020 BERMULA 14-15 MAC

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 dijadualkan membuka tirai pada pertengahan Mac tahun depan seperti jadual di bawah ini:

  1. 14-15 Mac - Litar Lumba Tangkak, Johor
  2. 28-29 Mac -Batu Kawan, Pulau Pinang
  3. 17-18 April - Kota Bharu, Kelantan
  4. 13-14 Jun - Pontian, Johor
  5. 11-12 Julai - Teluk Intan, Perak
  6. 29-30 Ogos - Kangar, Perlis
  7. 11-12 September - Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu
  8. Belum ditentukan
  9. 7-8 November - Jempol, Negeri Sembilan
  10. 21-22 Nomvember - Litar Antarabangsa Sepang, Selangor

Safe Aim Mutual Sdn Bhd memaklumkan masih belum menentukan tuan rumah untuk pusingan kelapan perlumbaan Cub Prix berkenaan.

SUMBER: Bernama

Related

973
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CUB PRIX, Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020, Litar Kekal Cub Prix, litar lumba, Ron Hogg, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev