• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MX King 150 Tutup 2019 dengan Warna Baharu

Yamaha MX King 150 Tutup 2019 dengan Warna Baharu

December 23, 2019 By Aryon 2 Comments

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan tiga warna baharu untuk model kapcai MX King 150 (Malaysia: Y15ZR), terdiri daripada Active Blue (biru), Aggressive Red (merah) dan Adorable Orange (jingga) yang dipadankan rekaan grafik baharu serba sporty.

Pengenalan warna dan grafik baharu ini dibuat supaya sesuai dengan karakter sporty, energetik dan moden yang ada pada MX King 150.

Ciri lain sedia ada juga dikekalkan seperti lampu depan LED, panel meteri digital penuh, dan lampu hazard untuk situasi kecemasan. Trenkuasa dipacukan enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 15hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> Rossi, Vinales Perkenal Yamaha MT-15, MX-King Baharu untuk Pasaran Indonesia

Bahagian roda dipasangkan tayar jenis tiubles saiz 90/80-17 di depan dan 120/70-17 di belakang, manakala kapasiti tangki 4.2 liter. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek dibekalkan cakera tunggal di kedua-dua roda.

Di Indonesia, MX King 150 dijual pada harga Rp23,870,000 (RM7,077). Selain versi biasa, MX King 150 juga ada dalam edisi Doxou dan Monster Energy Yamaha MotoGP Edition yang dijual lebih mahal.

BACA >>> Yamaha MX-King @ Y15ZR Indonesia Tutup Kalendar 2018 dengan Warna Baharu

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, Moped, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), roda2, Yamaha, Yamaha MX King 150

Comments

  1. Mohd Razali bin Yusoff says

    December 24, 2019 at 2:51 AM

    Assalammualaikum berapa carga

    Reply
  2. Mohd Razali bin Yusoff says

    December 24, 2019 at 2:52 AM

    Saya nak beli satu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev