• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Hadkan Laju Kapcai 70kmj Susah Nak Buat, Lorong Khas Motor Perlu Kos Besar

Menteri: Hadkan Laju Kapcai 70kmj Susah Nak Buat, Lorong Khas Motor Perlu Kos Besar

December 20, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

819
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERAJAAN masih meneliti dan belum bercadang mengehadkan halaju kapcai kepada 70kmj. Ia keputusan yang sukar kerana membabitkan kira-kira 10 juta pemilik kapcai atau motosikal sesaran kecil seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kerajaan memandang serius isu keselamatan pengguna jalan raya, tetapi menurutnya, keberkesanan sesuatu cadangan perlu dilihat dari pelbagai sudut dan kebolehlaksanaan.

Kita tahu ada cadangan mahu mengehadkan (kelajuan) kapcai, tetapi dalam keadaan di Malaysia, ia melibatkan ramai pemilik kapcai di negara ini."

“Mungkin dalam lingkungan 10 juta (pemilik) motosikal. Jadi ini satu keputusan yang akan beri kesan sangat besar, saya bukan menolak cadangan itu tetapi dari segi praktikaliti untuk melaksanakan cadangan itu perlu dilihat pelbagai sudut.”

- ANTHONY LOKE SIEW FOOK, Menteri Pengangkutan

Anthony Loke berkata demikian dalam soal jawab dalam program ‘Jendela Fikir’ terbitan Bernama Radio.

kapcai-2
kapcai-malaysia-1
kapcai-malaysia

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, saranan peraturan halaju kepada penunggang kapcai masih belum boleh dilaksanakan kerana ia perlukan pemerhatian yang telus untuk jangka masa lama.

Cadangan mengehadkan halaju kapcai kepada 70kmj dikemukakan kumpulan prokeselamatan jalan raya, The Safety First Group selain turut meminta Kerajaan membina lebih banyak lorong khas motosikal dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan penunggang.

Anthony Loke menjelaskan, lorong khas motosikal akan dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dijadikan sebahagian Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau menganggap cadangan itu sebagai konsep yang baik, tetapi pelaksanaan memerlukan belanja besar seperti membina struktur jalan dan sebagainya.

“Kita harap dapat membina laluan khas motosikal ini dan juga menyediakan rekaan lebuh raya (yang sesuai) pada masa hadapan dengan mengambil kira perkara itu,” katanya.

BACA >>> Volvo Perkenal Care Key, Alat Kawalan Pintar yang Mampu Hadkan Halaju Pemandu

SUMBER: Bernama

Related

819
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Baru Bian, Halaju 70kmj, Kapcai, motosikal, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), underbone

Comments

  1. Daddykasi says

    December 22, 2019 at 9:01 AM

    Jadi tak buat apa2 la..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev