• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Mercedes-Benz CLA PHEV Dikesan Sedang Diuji di Sweden

#Spyshot: Mercedes-Benz CLA PHEV Dikesan Sedang Diuji di Sweden

December 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MERCEDES-Benz memulakan 2019 dengan memperkenalkan CLA Class. Menariknya, sedan coupe baharu itu didedahkan bukan pada pameran automotif skala besar, tetapi di Pameran Konsumer Elektronik (CES) 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Selepas hampir setahun, muncul imej intip CLA dengan pelekat hitam pada lencana model di penjuru pintu but, pelekat kuning dan tambahan penutup minyak sebelag kanan. Berdasarkan ciri-ciri itu, hanya ada satu petanda, iaitu Mercedes-Benz akan memperkenalkan CLA versi hibrid plug-in (PHEV).

Bagaimanakah mengetahui model yang dikesan di utara Sweden itu adalah PHEV? Lihat foto atas, pelekat kuning ditampal cermin belakang itu adalah khas untuk kenderaan elektrik yang hendak dipandu uji.

BACA >>> Mercedes-Benz Malaysia Previu Sedan PHEV, C 300 e dan SUV Elektrik Penuh, EQC

Kemudian, jelas sekali kereta itu ada dua pintu minyak (lihat foto atas). Ini bermakna, sebelah kiri adalah tangki minyak, manakala sebelah kiri adalah palam cas.

Selain itu, pengeluar Jerman juga secara terangan tidak menutup lencana CLA, tetapi cuma menutup lencana sebelah. Jadi, cukup mudah mengandaikan nama model yang ditutup di sebalik pelekat pita hitam tersebut. Tentunya model itu ialah CLA 250e baharu.

Bahagian dalaman kekal sama tetapi di sebalik bonet difahamkan tersedia enjin4-silinder 1.3L turbo dan motor elektrik 75kW. Kuasa keseluruhan yang dihasilkan ialah 218hp, sama seperti model A250e PHEV yang debut Ogos lalu.

BACA >>> 11 Fakta Pantas - Mercedes-Benz C-Class Facelift Kini di Malaysia, Harga Mula RM260k

GALERI

SUMBER: Moto1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Coupe, foto spyshot, Mercedes, Mercedes-benz, Mercedes-Benz CLA 250e, Mercedes-Benz CLA Class, sedan premium, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my