TOYOTA dan BMW di Amerika Syarikat (AS) memanggil balik Supra dan Z4 berikutan masalah kecacatan lampu depan.
Pihak Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) notis panggil balik itu berpunca daripada masalah lampu kiri atau kanan tidak berfungsi melibatkan 245 unit Supra dan Z4. Ia dipercayai berpunca daripada kerosakan papan litar cetak (PCB) hingga menjejaskan operasi kerja lampu utama, termasuk lampu signal belok.
BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW Z4 sDrive30i M Sport Kini di Malaysia, Harga RM480k
Menurut dokumen NHTSA, kerosakan berlaku ketika proses pengeluaran komponen lampu daripada pembekal BMW. Ketika penjajaran PCB, pin tengah dikhuatiri mengandungi serpihan bendasing.
NHTSA menjelaskan, kenderaan yang terlibat ialah 177 unit Supra keluaran 15-25 Julai, dan 37 unit Z4 sDrive30i (2020) yang dipasangkan pada 22 Julai - 18 Oktober 2019. Kempen panggil balik akan dijalankan bermula 17 Januari 2020 dan ditanggung sepenuhnya kedua-dua pengeluar.
Ini bukan kali pertama, Supra sebelum ini pernah memanggil balik beberapa unit model itu disebabkan masalah tali keledar dan perisian kamera undur.
BACA >>> Toyota GR Supra GTS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM580k Sahaja!
SUMBER: Motor1
Leave a Reply