PADA awal 2018, Pengerusi Geely, Li Shufu disahkan membeli saham Daimler sebanyak 9.69 peratus yang bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM35.2 bilion), sekali gus meletakkan beliau sebagai pemegang saham terbesar Daimler.
Tindakan Geely dalam meluaskan pasaran automotif cukup agresif. Seperti mana kita tahu, pengeluar automotif dari China itu bukan satu-satunya pengeluar China yang memiliki saham dalam Daimler. BAIC (singkatan daripada Beijing Automotive Industry Holding Co) juga pemegang saham Daimler, tetapi cuma 5 peratus.
BACA >>> Geely Kini Pemegang Saham Terbesar Daimler
Khabarnya, BAIC merancang meningkatkan pegangan saham dalam Daimler sebanyak 10 peratus. Jika itu berlaku, giliran pengeluar itu pula menjadi pemegang saham terbesar Daimler kerana Geely cuma ada pegangan 9.69 peratus.
Menurut laporan Reuters, BAIC akan cuba mendapatkan saham Daimler menerusi pasaran terbuka dan langkah ini dibuat untuk melindungi kedudukan pengeluar itu daripada Geely. Seperti mana kita tahu, BAIC dan Mercedes-Benz ada hubungan istimewa dan dua pengeluar itu memang sedia bekerjasama di China, termasuk membangunkan usahasama dinamakan Beijing Benz. Pengeluar jenama mewah dari Jerman itu kini memasang produk pasaran tempatan di China.
BAIC tentu mahu menjaga kerjasama tersebut tanpa perlu campur tangan pesaing dalam negara. Malah, Daimler sendiri belum menerima sebarang berita tentang perancangan itu. Namun difahamkan Daimler bersifat terbuka dan senang hati jika ada pihak luar yang hendak melabur.
Salah seorang ahli lembaga pengarah Daimler, Hubertus Troska berkata, hubungan Daimler dan BAIC memang dalam keadaan baik, dan kini cuma tinggal perkembangan masa depan.
BACA >>> Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart
Leave a Reply