• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Michelin Tweel - Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin

Michelin Tweel - Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin

May 17, 2016 By Azhan O 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA tentu biasa dengar tentang istilah 'tayar mati' yang merujuk kepada tayar basikal kanak-kanak yang tidak perlu diisi angin kerana tayar jenis ini sememangnya tidak akan pancit. Itulah tayar tanpa angin yang diperbuat daripada material getah atau sintetik padu, dan bukan dalam bentuk tiub atau berongga seperti mana tayar biasa.

Namun, tayar mati tetap tidak reliabel untuk digunakan pada kenderaan berenjin seperti kereta. Jadi, tidak hairanlah tayar isian udara kekal relevan dalam teknologi automotif sejak lebih 100 tahun lalu. Apakah tiada teknologi lain yang mampu menandingi superioriti tayar isian angin (pneumatik)?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

Faktanya, pengeluar memang sudah lama mencari alternatif kepada tayar isian angin. Pada 1970-an, pereka Ferenc Pavlics yang dibantu pengeluar automotif GM menghasilkan tayar 9x32 inci untuk kenderaan bulan NASA, Lunar Roving Vehicle, terdiri daripada jejaring keluli toroid (koil bentuk-donat) yang dilekapkan bersama roda aluminium. Bunga titanium bentuk-V memberikan traksi atas permukaan bulan yang berdebu. Isunya angkasawan di bulan tidak berapa mengambil berat hal kualiti pengendalian dan keselesaan memandu berbanding pemandu kereta di Bumi. 😀

TWEEL JADI PERINTIS

tweel-2
tweel-1

Kemudian, Michelin membangkitkan semula idea itu pada 2005 menerusi kombinasi tayar dan roda yang dipanggil mereka sebagai 'Tweel'. Selepas menghabiskan masa beberapa tahun membangunkan tayar run-flat (jalan-terus) PAX, pasukan jurutera Michelin mendapati penghasilan tayar tanpa angin adalah boleh dan munasabah dihasilkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

Tweel terdiri daripada jalur getah tipis yang diperkuat dengan tali sawat plastik-komposit dan disokong dengan jejari poliuretana (polyurethane) bentuk-V yang lasak. Bunga tayar baharu itu tahan lama sebanyak dua hingga tiga kali ganda berbanding tayat pneumatik konvensional. Kombinasi Tweel antara vertikal lembut dengan sisi tegar adalah jawapan kepada pengendalian terbaik.

tweel-3
tweel-4

Selain menguji sendiri Tweel pada kereta sebenar, Audi A4 dan dua kenderaan Segway (dua roda), Michelin turut menyatakan ciptaan itu akan digunakan pada kenderaan militari dan jentera berat. Malah, majalah Time mengiktiraf rekaan Michelin itu sebagai rekaan paling menakjubkan 2005.

BERGETAR DAN BISING

Bagaimanapun, daripada ujian dilakukan pada Audi A4, Tweel berbunyi bising dan bergetar apabila kereta dalam kelajuan tinggi. Michelin mendakwa ia berpunca daripada jejari roda. Walaupun teknologi tayar tanpa angin masih jauh daripada sempurna untuk diadaptasikan pada kenderaan massa, usaha ke arah itu dijangka mendatangkan hasil positif dalam masa sedekad akan datang.

npt-bridgestone-airless-tire

Malah, bukan Michelin saja, Bridgestone juga memperkenalkan konsep tayar serupa dipanggil NPT, iaitu tayar tanpa isian angin dengan menawarkan prestasi pembrekan terbaik dan komponen tayar yang lebih tahan lama. Mungkinkah penghasilan tayar tanpa isian angin ini akan menjejaskan pengeluar-pengeluar tayar dunia? Atau masing-masing akan berlumba menghasilkan tayar tanpa isian angin terbaik untuk pengguna jalan raya? Sama-samalah kita menunggu detik itu tiba.

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bridgestone, Bridgestone NPT, Michelin, Michelin Tweel, tayar mati, tayar pneumatik, tayar tanpa angin, teknologi automobil, teknologi tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev