DUNIA permotoran sekarang lebih mudah apabila pengeluar sendiri menawarkan kereta lumba dengan spesifikasi global, sama ada kategori R5 untuk rali atau TCR untuk litar.
Terbaharu Honda melancarkan Civic Type R TC, iaitu jentera siap lumba (race ready) yang dikeluarkan Honda Performance Development (HPD). Model ini dibangunkan untuk mereka yang mahu beralih daripada Type R standard kepada model spesifikasi lumba sepenuhnya.
BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong
Direka khas untuk kelas perlumbaan TC, Civic Type R dibangunkan dan diuji jurutera HPD secara in-house dengan mengubah suai Civic Type R standard sebagai jentera lumba trek dengan pemasangan akhir dibuat Gradient Racing di Austin, Texas, Amerika Syarikat (AS).
Pembangunan dan ujian pula menggabungkan pengalaman kejuruteraan dalam jentera pengeluaran dan perlumbaan, termasuk kereta lumba HPD Civic Si TCA yang dihasilkan sebelum ini.
Civic Type R TC dibangunkan daripada unit asal berwarna putih yang diimport dari kilang Honda di Swindon, England, manakala enjin 2.0L VTEC Turbo dibekalkan kilang Honda di Anna, Ohio, AS.
BACA >>> Honda Civic Sport Line (2020) Inspirasi Type R untuk Pasaran Eropah
Bahagian luar model mengekalkan besi luaran asal dan tambahan komponen lumba yang dibangunkan sendiri dan bersama pembekal terpilih bagi menjimatkan masa dan wang. Antara ubah suai dilakukan ialah gril depan dengan aliran udara lebih kuat, bonet enjin J's Racing daripada bahan FRP, radiator dan pendingin minyak CSF, downpipe dan turbo back exhaust HPD/Borla.
Transmisi manual 6-kelajuan mempunyai gear ketiga dan keempat daripada bahan kekuatan tinggi dan diferensial gelincir terhad (LSD) HPD/Cusco. Cakera brek depan jenis 2-piece HPD Girodisc dengan saluran brek inlet juga HPD. Tangki minyak berkapasiti 60 liter daripada HPD/Pyrotect dan kerusi lumba dibekalkan OMP dengan tali keledar 6-poin.
Selain menjual kereta serba siap, HPD turut menyediakan bantuan teknikal dengan sokongan kejuruteraan dan pembekalan alat ganti. Pelanggan juga disediakan talian khas untuk berhubung terus dengan jurutera HPD sekiranya mereka tiada di litar lumba.
BACA >>> Walaupun Jazz Baharu Debut Bulan Oktober, Honda NZ Tenang Lancar Edisi 2020
Leave a Reply