• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu

#TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu

December 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

15.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH barangan tiruan bukan isu baru. Sudah lama berlaku dan bukan mudah hendak mengawal kemasukan produk-produk tiruan dari luar negara atau buatan pengeluar tempatan tidak bertauliah.

Masalah ini tidak bertumpu kepada pakaian dan aksesori, tetapi juga alat ganti kenderaan. Dalam hal ini pengguna perlu berhati-hati kerana bukan saja melibatkan ketahanan kenderaan, tetapi juga nyawa.

Selain masalah minyak pelincir tiruan, ada juga palam pencucuh palsu di pasaran. Golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab pasti memanfaatkan perkara ini  untuk meraih untung lebih. Bagaimanakah mengenal pasti palam pencucuh palsu?

BACA >>> #TahukahAnda: Perlukah Palam Pencucuh Perlumbaan untuk Motosikal Harian?

Tip di bawah ini mungkin dapat membantu anda:

1. Tulen atau palsu dapat dilihat pada kod palam pencucuh yang menunjukkan kod pengeluar, dan tertera nama pembuat. Cetakan kod pada palam pencucuh palsu berkualiti rendah.

2. Ulir atau garisan palam pencucuh tulen lebih rapi dan halus. Perhatikan betul-betul ketika memilih palam pencucuh dan minta penjual menunjukkan palam pencucuh jenama lain supaya mudah buat perbandingan.

3. Palam pencucuh ada seramik sebagai penebat (isolator). Jika produk palsu, bahagian seramik nampak terlalu cerah, sebaliknya produk tulen kurang cerah.

4. Plat rangka logam (metal shell) tulen menggunakan bahan keluli kuat dan tidak mudah berkarat, sebaliknya produk palsu mudah berkarat. Malah walaupun baru dibuka dari kotak, sudah pun kelihatan titik karat pada perumah keluli.

5. Bahagian elektrod tulen yang berfungsi memercikkan api nampak lebih halus dan rapi, tetapi buatan produk palsu kurang tepat, kasar dan kadangkala tidak sama jarak atau sambungan.

6. Gasket palam pencucuh tulen nampak lebih halus dan tidak mudah tertanggal walau anda pusing mengikut alur. Walaupun ia boleh ditanggalkan, tetapi sedikit sukar sedangkan potongan gasket palsu tidak rapi dan mudah tertanggal.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Cara Menunggang Pengaruhi Usia Palam Pencucuh?

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

15.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, Auto Terkini, palam pencucuh, Roda4, spark plug, tahukah anda, tip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev