• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda UK Umum Harga CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), RM108k

Honda UK Umum Harga CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), RM108k

December 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA CBR1000RR-R Fireblade SP ialah siri RR-R paling lengkap dan berkuasa yang didatangkan dengan komponen Brembo dan Öhlins, sekali gus menukarkan model itu sebagai jentera mesra trek.

Superbike tersebut didedahkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, awal November lalu yang menarik perhatian ramai peminat dua roda sedunia. Kini selepas sebulan didedahkan, Honda UK Motorcycles mendedahkan harga model berkenaan dalam laman Twitter rasmi pengeluar itu.

CBR1000RR-R Fireblade (2020) dijual pada harga £19,999 (RM92,180) untuk varian Standard, manakala varian paling premium, SP berharga £23,499 (RM108,310).

So here it is, the confirmed prices for the 2020 CBR1000RR-R Fireblade and Fireblade SP. Find out more about the specifications and details here https://t.co/UGcygVK16w pic.twitter.com/UQIR1QaErU

— Honda UK Motorcycles (@HondaUKBikes) December 13, 2019

Superbike perdana Honda itu tersedia dalam pilihan warna Grand Prix Red (merah) atau Matte Pearl Morion Black (hitam kusam).

CBR1000RR-R Fireblade (2020) dijana enjin 4-silinder sebaris 999.9cc berkuasa 215hp @ 14, 500rpm dan tork maksimum 113Nm @ 12, 500rpm, manakala hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.

Bagi edisi SP yang paling berkuasa, keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi fork teleskopik Öhlins 43mm di depan dan swingarm Pro-Link Öhlins di belakang. Honda memilih tayar Diablo Supercosa SP (V3) dengan tayar 120/70-ZR17 (depan) dan 200/55-ZR17 (belakang).

BACA >>> #EICMA2019: 30 Foto Honda CBR 1000RR-R Fireblade SP yang Tangkap Leleh!

Sistem brek diserahkan unit kaliper Brembo 4-piston dengan cakera 30mm di depan dan kaliper Brembo 2-piston dengan cakera 220mm di belakang. Varian premium ini memiliki berat 201.3kg dengan dimensi panjang 2099mm, lebar 762.4mm dan tinggi 1,136mm, manakala jarak roda 1,455mm dan tinggi pelana 831mm.

Saiz tangki 16.1 liter cukup praktikal untuk tunggangan jauh. Imej luaran Fireblade ini diserlahkan dengan padanan lampu LED depan dan belakang serta paparan instrumen TFT warna penuh. Turut tersedia ialah soket pengecas USB 12v.

BACA>>>10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

GALERI

Related

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, EICMA 2019, Honda, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), Honda CBR1000RR-R SP (2020), Honda UK, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my