POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus untuk pelbagai jenis saman trafik sempena sambutan Hari Krismas nanti.
Menurut poster yang dipaparkan dalam laman media sosial rasmi PDRM, jenis saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah:
- Saman kemalangan
- Saman berstatus NC (No Compoundable)
- Saman berstatus waran tahun semasa
- Saman dalam perbicaraan
- Saman ops selamat tahun semasa
- Saman berstatus mahkamah
- Saman berkaitan lori
Semua bayaran saman boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Diskaun tawaran pembayaran saman ini juga sempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya.
BACA >>> Cermin Gelap: Bukan Tuan Punya Kereta Pun Boleh Kena Saman!
Leave a Reply